Piala AFC: Kelantan tak rela pulang tangan kosong

Navibank Saigon vs Kelantan - Piala AFC 2012
Navibank Saigon vs Kelantan - Piala AFC 2012

Navibank Saigon (Vietnam) vs Kelantan FA
Piala AFC 2012, Stadium Thong Nhat
24 April 2012 (Selasa), 7.00 mlm

WAKIL Malaysia dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan tidak akan memberi laluan mudah kepada wakil Vietnam, Navibank Saigon pada aksi kelima Kumpulan H di Stadium Thong Nhat di sini malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat ketua pasukan Mohd. Badri Radzi atau Piya yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan bertemu Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu, ia tidak menjejaskan tumpuan The Red Warriors menjelang pertemuan tersebut.

Sebaliknya pengendali Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang beliau sudah menemui ramuan terbaik untuk dihidangkan pada perlawanan tersebut.

“Tempat Piya akan diisi oleh Indra Putra (Mahyuddin). Saya yakin Indra mampu menggalas tugas tersebut berdasarkan pengalaman dan kelebihan yang dimiliki oleh pemain berkenaan.

“Pasukan lawan (Navibank) mempunyai jentera tengah yang kuat. Jadi, saya akan kuatkan jentera tengah kita bagi memastikan Kelantan menguasai bahagian ini,” katanya pada sidang media semalam.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada perlawanan tersebut, Hodak optimis The Red Warriors mampu meraih tiga mata seterusnya mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

“Walaupun sedikit kepenatan selepas mengharungi perlawanan yang hebat minggu lalu, saya harap ia tidak menjejaskan tumpuan semua pemain.

“Kemenangan cukup penting buat kita sebelum menanti kunjungan Ayeyawady United pada perlawanan terakhir di Kota Bharu nanti,” ujarnya.

Sementara itu, rakan sejawat Hodak, Pham Cong Loc berkata, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan ini.

“Kami mempunyai misi yang sama seperti Kelantan iaitu untuk meraih kemenangan. Jadi, saya harap pemain tidak memberikan laluan mudah buat Kelantan pada perlawanan ini.

“Hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin tempat kami ke pusingan seterusnya,” tegasnya.

Selepas mengharungi empat perlawanan Kelantan, Navibank Saigon serta Ayeyawady United berkongsi tujuh mata, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

Related Posts

One Response to Piala AFC: Kelantan tak rela pulang tangan kosong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>