Hodak kurang senang aksi ‘bola kampung’ pemain Kelantan

Hodak turut tegur Sikap penting diri sendiri Ghaddar

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang senang dengan permainan bola kampung yang dipraktikkan oleh pasukannya walaupun berjaya mara ke pusingan kedua dalam saingan Piala AFC.

Pasukan The Red Warriors berjaya menduduki tempat teratas Kumpulan H dengan 13 mata selepas menewaskan Ayeyawady United 1-0 menerusi jaringan tunggal Nwoha Onyekachi.

“Kami beraksi dengan baik pada 70 minit pertama dan menjaringkan gol kemenangan,” kata Hodak kepada akhbar The Star.

“Selepas itu, pasukan bermain bola kampung. Mohd Ghaddar seorang pemain yang mementingkan diri sendiri selepas kami menjaringkan gol dan pemain yang lain ikut serta.

“Saya rasa menggilirkan pemain adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka bermain bola kampung. Sesetengah pemain masih tidak biasa antara satu sama lain dan kami harus perbaiki itu.”

Jurulatih itu turut berkata beliau akan fokus kepada disiplin taktikal semasa sesi latihan.

“Kita perlu konsisten dan juga berdisiplin.

“Pemain seolah-olah menunjuk-nunjuk semasa perlawanan menentang Kedah dalam separuh akhir Piala FA dan semasa dengan Ayeyawady, mereka bermain seperti budak sekolah,” kata Hodak.

“Tetapi mereka telah bermain dengan baik menentang LionsXII.

“Sebab itu saya katakan mereka kurang disiplin secara taktikal. Buat masa ini, pasukan hanya berdisiplin selama 60 atau 70 minit.

“Mereka akan beraksi dengan lebih baik apabila saya telah menanamkan sikap disiplin dalam diri mereka. Mereka juga letih kerana telah melalui perlawanan dalam jadual yang padat. Mereka akan tingkatkan prestasi selepas bercuti.”

Kelantan kini akan menumpukan perhatian kepada perlawanan Liga Super menentang PKNS Sabtu ini.

Kelantan coach Hodak not pleased with team’s ‘kampung football’

Kelantan coach Bojan Hodak is none too pleased with the ‘kampung football’ creeping into his team’s game although they swept into the second round of the AFC Cup by topping Group H.

The Red Warriors finished with 13 points when they defeated Ayeyawady United of Myanmar 1-0 with striker Nwoha Onyekachi scoring in the 47th minute at the Sultan Mohd IV Stadium in Kota Baru on Tuesday. “We played well for the first 70 minutes and scored the winning goal,” said Hodak.

“After that, the team played kampung football, Mohd Ghaddar was selfish after we scored and all the others followed suit.

“I think the rotation policy is one of the factors for the kampung football. Some players are still not familiar with each other’s game and we need to fix it.”

The former UPB-MyTeam coach said he will focus on keeping the team’s tactical discipline in training.

“There has to be consistency as well as discipline.

“The players were showboating against Kedah in the FA Cup semi-final second leg while against Ayeyawady, they were playing like novices,” said Hodak.

“But then they played well against Lions XII.

“That’s what I mean when I say they lack tactical discipline. At the moment, the team is only disciplined for 60-70 minutes of a game.

“They will perform much better when I manage to instil the tactical discipline. The players are also tired as they have been through a congested fixture. They will improve after a break.”

The Red Warriors will now shift their attention to the Super League match against PKNS on Saturday.

Kelantan are second in the standings with 34 points from 15 matches. But they have four games in hand over leaders Lions XII, who have 39 points from 19 matches. — The Star

Related Posts

15 Responses to Hodak kurang senang aksi ‘bola kampung’ pemain Kelantan

  1. letak je jst ghaddar tu dibangku simpanan dulu masa perlawann dgn pkns nnt. tgk camna permainan klate brbanding kalu dia ada.

  2. kalu nk tgk permainan klate tnpa ghaddar bleh tgk maso klate lwn lion Xii bru ni..sbb tuh bleh gol byk,sbb ado teamwork..ghaddar2..

  3. pihak pengurusan oyak molek ko gadar tuh. bo lah duk main lagu tu. klu nok kiro rama hok maroh tapi tok gege sangat pasal kelate mene. kalu piala fa nati main lagu ni jugok pah aloh pulok gak. berat la mat gadar keno kutuk pahni.

  4. pelanduk merah

    gomo klantam gomo..hu hu

  5. mat gaddar tak main dulu..tamak nak main sorang2
    atau tukar je posisi lain..
    rugi lagu ni..patut kelantan buleh boh banyak gol..
    final fa nt kalu wat lagu tu habih la…

    • betul tu gu,kawe yakin kalu mat gaddar main untuk akhir piala fa pada 19hb.nanti kelantan akan kalah gara-gara suir gaddar !!!!!!

  6. ambo sokong…masa gadar tak turun lwn lion xxi baru ni..gol bedesup…molek2 belako..
    gadar main punoh habih..
    jenis nak main sorang2…

  7. Ambo cadangkan kepada KAFA mat gaddar tukar saja posisi daripada penyerang ke pertahanan saja guano ok ke atau jangan bagi main lansung!!!!! buat “punah filem” saja main macam taik kucing!!!! Dasar selfish !!!!!!

  8. Mr.Bojan Hodak cakap pada Mat Gaddar tak semestinya dia kena jaringkan gol dalam setiap permainan yang pentingnya buat hantaran-hantaran yang cantik yang boleh menghasilkan gol sebab barisan hadapan yang kita ada hebat-hebat belaka dan boleh sumbat gol bila-bila masa saja tak semestinya mat gaddar sorang dan kepada Tan Sri Annuar Musa pula walau pun kena gantung tak kan tak boleh bisik-bisik kok !

  9. Kalu gaddar main piala FA nanti kelantan mesti kalah punya!!!!

  10. Pihak pengurusan KAFA tolong tengok-tengok sikit tentang en.mat gaddar ni jangan sampai penyokong-penyokong TRW hilang selera !!!!!!

  11. saya tak sokong mana-mana pehak tapi saya sokong kelantan kerana team yang boleh diharapkan.ada pendapat saya gadar tidak boleh di persalahkan 100% ,kita kena pikir sebab apa dia buat demikian , sebabnya semasa gadar dapat bola dia akan terus ke pintu gol dengan laju dan dimasa itu juga pehak lawan akan sedaya upaya menghalang semungking yang boleh dan semasa kecemasan di pintu gol lawan tak ada pemain kelantan yang cuba followup secara berdekatan semuanya jauh-jauh sedangkan jarak pintu gol sudah terlalu dekat apalah yang gadar boleh buat di ketika itu?. cuba pula kita lihat apabila gadar digandingkan dengan mat yo, kenapa mat yo dapat gol. sebabnya mat yo faham dan tidak akan berada terlalu jauh dengan gadar. itu adalah cara gadar dan diharap farahan cuba kawal barannya dan tidak terikut-ikut dengan cara gadar serta cuba cari ruang dan jangan terlindung daripada gadar . memanglah teknikal dan taktika serta skil individu penting dalam satu team tetapi gerakan serangan berkumpulan juga adalah terlalu penting. pada pendapat saya jentera hadapan perlu dibaiki dan kalau kita lihat perlawanan dengan lion jentera backup tenggah cukup baik sekiranya itu dapat dikekalkan sime akan kalah.

    • yea..btul btul tu teamwork perlu ada dlm sesebuah team dan kekalkan momentum disiplin dan taktikal yang diterapkan oleh coach Bojan..barulah mantap dan x jadi masalah berdepan dgn mana2 team pun..anyway good luck in Final FA cup…wat balik piala FA baru tu..biar TRW rasmi…hehe..peace yaw!!!

      • OK BRO DENGAN ERTI KATA LAIN KEMASUKAN GADDAR MENYEBABKAN PERMAINAN CANTIK JADI TIDAK CANTIK,PENYOKONG TIDAK SERONOK,KENA JAGA RAMAI DARIPADA JAGA SORANG,NAK BAGI PANDANGAN BOLEH BAGI PANDANGAN TAPI ORANG BOLEH KE TERIMA APA YANG KITA KATA?

  12. gaddar main ok apo…klu gaddar x main kalah la piala fa gu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>