Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi di Kota Bharu
KELANTAN kini dapat menarik nafas lega apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan Kelantan menentang Arema Indonesia pada 4 April depan, akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan hanya akan diadakan dengan syarat Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) melengkapkan beberapa kemudahan iaitu bilik doping, bilik kesihatan, lampu limpah, kemudahan Internet untuk media dan beberapa perkara lain.
“Perkara ini kita telah sampaikan kepada PSK dan langkah-langkah sewajarnya sedang dilaksanakan mereka.
“AFC memberi tempoh sehingga 18 Mac ini untuk melaporkan setiap persiapan ditetapkan dan sekiranya memuaskan, perlawanan pada April depan dan 8 Mei menentang pasukan Myanmar, Ayeyawady United boleh berlangsung pada sebelah malam di Kelantan,” katanya.
Sebelum ini, perlawanan pertama The Red Warriors menentang Navibank Saigon terpaksa ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara kegagalan stadium di Kota Bharu yang masih dalam proses penambahbaikan.
Kelantan yang beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala AFC berjaya memungut mata sulung selepas mengikat pasukan dari Vietnam itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.
March 15, 2012 - 5:46 pm
yahhooooo…….
March 18, 2012 - 5:03 pm
Alhamdulillah…..
March 18, 2012 - 6:19 pm
Jaguh kampung berani kat tempat sendiri je mueheheeheh
March 18, 2012 - 6:32 pm
Jeng jeng jeng…. Anak dajal dah mula menyalak…. Jangan layan semua….
January 11, 2013 - 12:51 pm
alhamdulillah .. bagus2 ..