Kad merah: Obinna digantung aksi suku akhir Piala AFC

Obinna Nwaneri Kelantan FA
Obinna Nwaneri digantung selepas menerima kad merah ketika menentang Terengganu

PEMAIN import Kelantan, Obinna Nwaneri digantung bagi perlawanan pusingan suku akhir pertama Piala AFC September depan.

Obinna dilayang kad merah semasa ketika perlawanan menentang Terengganu pada saingan pusingan kedua di Kota Bharu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata Kelantan menerima notis tentang penggantungan Obinna daripada Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

“Ia agak menghampakan tetapi kami akan tetap berikan persembahan yang baik,” kata Azman.

Penggantungan Nwaneri bermakna pasukan Red Warriors hanya akan mempunyai dua pemain import - penyerang Mohd Ghaddar Mahmoud dari Lubnan dan Dennis Antwi dari Ghana - untuk aksi suku akhir nanti.

Satu lagi pemain dari Nigeria, Onyakachi Nwoha, telah dilepaskan beberapa hari yang lalu kerana tidak memberikan persembahan yang cukup menyerlah.

Azman berkata mereka berharap untuk mencari pemain import baru sebelum bulan depan untuk Piala AFC.

“Suku akhir hanya akan berlangsung pada bulan September dan kami dibenarkan untuk mendaftarkan pemain baru seminggu sebelum perlawanan itu,” kata Azman.

Kelantan dijangka akan menghadapi pasukan-pasukan lawan yang lebih hebat di suku akhir.

Pasukan-pasukan yang telah layak ke pusingan itu adalah Arema FC dari Indonesia, Al Wahdat dari Jordan, Arbil FC dari Iraq, Al Ittifaq dari Saudi Arabia, Al Kuwait SC, Al Shorta dari Syria dan Chonburi FC dari Thailand.

Majlis undian bagi peringkat suku akhir akan diadakan di AFC House pada 14 Jun depan.

Related Posts

3 Responses to Kad merah: Obinna digantung aksi suku akhir Piala AFC

  1. salam, kat atas tu bukan gambar obinna.. hahha..ni slah gambar..tu gambar antwi..

    • yo lorr doh tu obinna..obinna nwaneri..antwi ko alek mano nyo..oo paroks hok jong ngomen pun

      • Dia ni gila antwi napak gaya nye,macelah dia kawan rapat dengan antwi,celek molek gak butir mata tu …. no.4 tuuuuuu………. buat malu compeny saja……….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>