Home » Posts tagged with » Berita EPL (Page 28)

\ \ \ \ \ \

Prebiu Liverpool vs Arsenal

Liverpool vs Arsenal 15 Ogos 2010, 11.00 malam Anfield PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain mudanya menjelang aksi menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini. “Kami terpaksa mengharungi cabaran sukar pada aksi pertama dengan menentang Liverool tetapi ia merupakan peluang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami dalam usaha […]

\ \ \ \

Wenger lanjut kontrak bersama Arsenal

Kekal bersama The Gunners hingga 2014 PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan masa depannya adalah di Liga Perdana Inggeris apabila menyambung kontrak selama tiga tahun lagi. Persetujuan itu bermaksud pengurus dari Perancis tersebut akan kekal di Gunners sehingga penghujung musim 2013/2014. “Jiwa saya kepunyaan Arsenal dan keinginan saya adalah untuk melihat pasukan ini memenangi piala,” kata […]

\ \ \ \

Manchester City nyaris berputih mata

Ketangkasan penjaga gol selamatkan City dari dimalukan PERBELANJAAN besar yang dikeluarkan Manchester City untuk membawa masuk beberapa bintang baru ke Eastlands belum menampakkan impak. Ini kerana skuad kendalian Roberto Mancini itu sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane malam tadi. “Saya tetap gembira […]

\ \ \ \ \

Permulaan cemerlang Drogba, Chelsea

DIDIER Drogba menjaringkan hatrik untuk membantu Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris mereka dengan kemenangan berat sebelah 6-0 ke atas pendatang baru, West Bromwich Albion di Stamford Bridge, awal pagi tadi Kejayaan Chelsea itu sekaligus meletakkan mereka di persada liga pada hari pembukaan yang turut menyaksikan sebuah lagi kelab baru, Blackpool mengalami nasib berbeza apabila […]

\ \ \ \

Ramires sah milik Chelsea

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea menyempurnakan acara menandatangani kontrak dengan pemain tengah Brazil, Ramires dari Benfica kelmarin, dengan nilai perpindahan yang dianggarkan mencecah 17 juta pound (RM81.6 juta). Pemain 23 tahun itu menyertai kelab Stamford Bridge dengan kontrak empat tahun selepas mendapat permit kerja dan melepasi pemeriksaan kesihatan. Bekas pemain Cruzeiro itu bagaimanapun tidak sempat […]

\ \ \ \ \

Chelsea 6-0 West Bromwich

CHELSEA melaung amaran awal buat pencabarnya yang berhasrat untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mempamer aksi bertenaga untuk menundukkan pasukan baru, West Bromwich 6-0, awal pagi tadi. Penjaring terbanyak EPL musim lalu, Didier Drogba mengetepi kekecewaan di Piala Dunia 2010 dengan merekod hatrik pertama musim ini dengan sumbangan tiga golnya manakala pemain […]

\ \ \ \ \ \

Prebiu Tottenham vs Manchester City

Tottenham vs Manchester City 14 Ogos 2010, 7.45 malam White Hart Lane KEBIJAKSANAAN pengurusan Roberto Mancini akan menjadi tumpuan apabila Manchester City turun menentang Tottenham Hotspur hari ini dengan pengurus dari Itali itu cuba mencari formula kemenangan untuk permulaan musim Liga Perdana. Spurs mengetepikan City untuk kedudukan keempat musim lepas sekali gus meraih tempat terakhir […]

\ \ \ \ \ \

Prebiu Chelsea vs West Bromwich

Chelsea vs West Bromwich 15 Ogos 2010, 12.30 tengah malam Stamford Bridge CHELSEA akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England menentang West Bromwich Albion, lewat malam ini dalam keadaan tidak menentu. Blues memenangi kejuaraan liga dan Piala FA musim lalu, namun memulakan musim baru dengan momentum tidak menentu, selepas kempen pra musim yang mengecewakan, […]

\ \

EPL 2010/2011 bermula

Prospek 10 Pasukan Pilihan CHELSEA Pengurus: Carlo Ancelotti Musim lalu: Juara Liga Perdana, pusingan kedua Liga Juara-Juara, juara Piala FA, suku akhir Piala Liga. Masuk: Benayoun (Liverpool) 5 juta pound (RM24.8 juta). Keluar: Ricardo Carvalho (Real Madrid) 8 juta pound (RM39.6 juta), Michael Ballack (Bayer Leverkusen) percuma, Juliano Belletti (Fluminense) percuma, Cole (Liverpool) percuma, Deco […]

\ \ \ \

Liverpool enggan lepas Torres, Gerrard

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson menasihatkan mana-mana kelab yang berhajat mendapatkan khidmat dua ayam tambatannya, Steven Gerrard dan Fernando Torres agar tidak membuang masa dengan memujuk mereka. Sejak mengambil alih jawatan pengurus dari Rafael Benitez bulan lepas, pengurus berusia 62 tahun itu terpaksa berdepan khabar angin tidak menggembirakan, yang mengaitkan Torres ke Chelsea, sementara Gerrard dikatakan […]