Rafael Nadal juara Terbuka Perancis 2012

Rafael Nadal Juara Tenis Terbuka Perancis 2012
Rafael Nadal Juara Tenis Terbuka Perancis 2012

Rafael Nadal Juara Roland Garros 2012RAFAEL Nadal muncul Juara Tenis Terbuka Perancis 2012 selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic di Stadium Roland Garros sebentar tadi.

Nadal memecah rekod kejuaraan Tenis Terbuka Perancis apabila merangkul gelaran juara buat kali ketujuh sekaligus mengatasi rekod enam kejuaraan yang dikongsi bersama Bjorn Borg sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir yang terpaksa berlangsung selama dua hari ekoran masalah cuaca di Roland Garros, Nadal menewaskan Djokovic dalam perlawanan empat set 6-4, 6-3, 2-6, 7-5.

Kemenangan ke atas Djokovic pada Isnin bermakna Nadal kini memegang rekod kemenangan 52-1 di Roland Garros, satu rekod yang sangat menakjubkan dan dijangka sukar dipecahkan oleh mana-mana pemain.

Sebaliknya Djokovic telah dinafikan kerjaya Grand Slam dan juga peluang untuk menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada tahun 1969 untuk menjuarai semua empat gelaran Slam secara serentak.

Sebelum ini Djokovic sudah muncul juara tiga gelaran Grand Slam terakhir di Wimbledon 2011, Terbuka Amerika 2011 dan Terbuka Australia 2012.

Rafael Nadal juara Tenis Terbuka Perancis 2012

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Rafael Nadal juara Terbuka Perancis 2012

  1. vamos nadal!

  2. good job nadal. pasni pecah rekod federer plak

  3. gomo nadal gomo :)

  4. nadal memang kacak apa..hoho..

  5. Nada mempunyai superpower terutamanya pada lawanan yang kritikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>