Home » Posts tagged with » Berita EPL (Page 26)

\ \ \ \ \ \

Gallas bakal sertai Spurs

BEKAS ketua pasukan Arsenal, William Gallas yang dilepaskan secara percuma, dilaporkan bersetuju untuk menyertai musuh Gunners di utara London, Tottenham Hotspur. Pemain pertahanan Perancis berusia 33 tahun itu, telah menjalani pemeriksaan perubatan, selepas bersetuju untuk berpindah dari Emirates ke White Hart Lane. Gallas dikatakan cuba mengintai peluang untuk berkhidmat bersama majikan baru, selepas Arsenal enggan […]

\ \ \ \ \ \

Prebiu Arsenal vs Blackpool

Arsenal vs Blackpool 21 Ogos 2010, 10.00 malam Stadium Emirates PENYOKONG Arsenal berharap ketua pasukan mereka, Cesc Fabregas dapat beraksi di Stadium Emirates menentang Blackpool, hari ini. Pemain tengah itu terlepas perlawanan minggu lalu ketika seri 1-1 dengan Liverpool, kerana masalah jangkitan virus pada kerongkong. Sebelum ini, Fabregas direhatkan oleh pengurus kelab tersebut, Arsene Wenger […]

\ \ \ \ \ \

Manchester United atasi Newcastle 3-0

MANCHESTER United mengekalkan rekod tanpa kalah aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di bawah era Sir Alex Ferguson selepas mencatat kemenangan mudah 3-0 ke atas Newcastle di Old Trafford sebentar tadi. Dimitar Berbatov membuka jaringan buat United pada minit ke-33 diikuti jaringan Darren Fletcher lapan minit kemudian. Tonggak veteran tuan rumah, Ryan Giggs melengkapkan kemenangan bergaya […]

\ \ \ \ \

Hughes yakin Schwarzer kekal bersama Fulham

Schwarzer sekadar di bangku simpanan aksi Fulham menentang Bolton JURULATIH Fulham, Mark Hughes menegaskan dia mampu menghalang perpindahan Mark Schwarzer ke Arsenal. Skuad The Gunners kini dalam usaha mendapatkan penjaga gol Fulham itu yang berhajat untuk berpindah ke kelab utara London tersebut. Hughes sebelum ini menjelaskan isu penjaga gol adalah keutamaannya apabila dilantik sebagai pengurus […]

\ \ \ \ \

Mancini sudah rasai tekanan

Barisan bintang Manchester City gagal menyerlah aksi sulung PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini mula terasa bahang tekanan apabila skuad kendaliannya tidak bermain seperti yang diharapkan. City hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Tottenham Hotspurs meskipun mereka telah berbelanja besar untuk membeli pemain baru musim ini. Terdesak dengan situasi berkenaan, pengendali dari Itali itu merayu kepada […]

\ \ \ \ \

Ancelotti: Chelsea masih belum ditahap terbaik

Chelsea buka tirai musim baru belasah West Brom 6-0 DI SEBALIK kemenangan besar aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, jurulatih Chelsea Carlo Ancelotti menegaskan pasukannya memerlukan dua minggu lagi untuk mencapai kemuncak permainan. Pasukan Ancelotti memulakan kempen mempertahankan mahkota EPL dengan begitu bergaya selepas membelasah West Bromwich 6-0 dengan penyerang utama, Didier Drogba menjaringkan […]

\ \ \ \ \ \

Prebiu Manchester United vs Newcastle

Manchester United vs Newcastle 17 Ogos 2010, 3.00 pagi Old Trafford MANCHESTER United membuka tirai musim Liga Perdana menentang Newcastle United awal pagi esok dengan pengurus, Sir Alex Ferguson, membentangkan keutamaan pasukannya - merebut mahkota Liga Juara-Juara Eropah. Ferguson menekankan hanya dengan memenangi piala itu, pasukannya boleh melupakan kekecewaan tersingkir di peringkat suku akhir kejohanan […]

\ \ \ \ \ \

Liverpool kempunan mata penuh

LIVERPOOL kempunan untuk meraih tiga mata penuh pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan Arsenal di Anfield awal pagi tadi. Liverpool 1-1 Arsenal Namun skuad bimbingan Roy Hodgson itu wajar diberi pujian kerana mereka beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua setelah Joe Cole dilayangkan kad merah pada penghujung babak […]

\ \ \ \ \

Liverpool 1-1 Arsenal

TIGA mata berharga hilang begitu saja. Itulah nasib malang dialami Liverpool yang bukan sahaja kehilangan mata malah turut kehilangan pemain apabila bekas tonggak Chelsea, Joe Cole dibuang padang sejurus sebelum rehat yang mengakibatkan The Reds beraksi dengan 10 orang pada keseluruhan perlawanan babak kedua. Liverpool kempunan mata penuh Gara-gara kesilapan penjaga golnya, Pepe Reina pada […]

\ \ \ \ \ \

Prebiu Liverpool vs Arsenal

Liverpool vs Arsenal 15 Ogos 2010, 11.00 malam Anfield PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain mudanya menjelang aksi menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini. “Kami terpaksa mengharungi cabaran sukar pada aksi pertama dengan menentang Liverool tetapi ia merupakan peluang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami dalam usaha […]

\ \ \ \

Wenger lanjut kontrak bersama Arsenal

Kekal bersama The Gunners hingga 2014 PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan masa depannya adalah di Liga Perdana Inggeris apabila menyambung kontrak selama tiga tahun lagi. Persetujuan itu bermaksud pengurus dari Perancis tersebut akan kekal di Gunners sehingga penghujung musim 2013/2014. “Jiwa saya kepunyaan Arsenal dan keinginan saya adalah untuk melihat pasukan ini memenangi piala,” kata […]

\ \ \ \

Manchester City nyaris berputih mata

Ketangkasan penjaga gol selamatkan City dari dimalukan PERBELANJAAN besar yang dikeluarkan Manchester City untuk membawa masuk beberapa bintang baru ke Eastlands belum menampakkan impak. Ini kerana skuad kendalian Roberto Mancini itu sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane malam tadi. “Saya tetap gembira […]