JDT terus beri tekanan kepada Pahang
Sarawak 0-2 JDT | Liga Super 2015 | Dunia Sukan Online
JOHOR Darul Takzim semakin garang. Semalam, skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu tampil dalam kelas tersendiri apabila menghampakan Sarawak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri di Kuching.
Gol-gol Johor DT dihasilkan oleh Amri Yahyah pada minit ke-64 dan Luciano Figueroa pada minit-minit terakhir perlawanan yang disaksikan kira-kira 10,000 penyokong setia skuad Bujang Senang.
Pada perlawanan tersebut, Sarawak terlebih dahulu menguji kubu JDT yang dikawal Farizal Marlias menerusi rembatan pemain tengah Sarawak, Ivan Fatic dari luar kotak penalti, namun ia tidak menepati sasaran.
Pada minit ke-15, Farizal sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis keluar rembatan padu yang dilakukan oleh pertahanan Sarawak, Patrick Gerhardt.
Memasuki babak kedua, Johor DT mula menunjukkan karektor sebenar selaku juara bertahan Liga Super dengan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu Sarawak.
Usaha mereka berhasil apabila Amri membuka jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-64 bagi membolehkan JDT mendahului 1-0.
Selepas jaringan tersebut, JDT terus menggandakan asakan dan Luciano berjaya menggandakan jaringan menerusi rembatan kencang pada minit ke-90.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pendahulu liga, Pahang bangkit daripada ketinggalan apabila meriah kemenangan 4-2 ke atas Sime Darby.
Pada perlawanan tersebut, The Giant Killer mendahului 2-0 menerusi jaringan Marko Perovic pada minit ke-10 dan 14 namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Pahang bangkit menjaringkan empat gol menerusi Damion Stewart pada minit ke-30, Matias Conti (m-58 dan 67) serta menerusi Fauzi Roslan pada minit ke-73.
Dengan kemenangan tersebut, Pahang terus mendahului liga dengan 36 mata diikuti JDT di tempat kedua dengan 35 mata.
August 2, 2015 - 9:11 pm
bola sepak kita liga kita tanah tumpah darah kita
January 27, 2017 - 3:00 pm
Memang macam tu je laa bola kita