Tiket Malaysia vs Arsenal masih ada

48,000 tiket perlawanan sudah terjual

TIKET bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Arsenal esok masih ada.

Ketua pegawai eksekutif penganjur perlawanan ProEvents International Sdn. Bhd. (ProEvents) Julian Kam berkata, setakat ini, kira-kira 48,000 tiket sudahpun dijual.

“Walaupun jualan tiket agak lembap, namun ia menunjukkan peningkatan daripada 16,500 bulan lepas kepada 48,000 baru-baru ini.

“Saya yakin tiket akan habis dijual kerana rakyat Malaysia gemar membeli pada saat-saat terakhir,” katanya, semalam.

Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 boleh didapati di kedai sukan Nike yang terpilih serta Tiketpro.

Related Posts

2 Responses to Tiket Malaysia vs Arsenal masih ada

  1. nak beli lg boleh ker?? kat stadium ad ker??

  2. Msih ade 37,000 kpg tiket lgi yg blum terjual..nk beli pada hri perlawanan pn ade lgi dijual di kaunter2 di luar stadium Bkt Jalil..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>