Kelantan pecat Steve Darby, Prince Tagoe pemain import baru Red Warriors
Steve Darby dipecat selepas Kelantan diaib Sime Darby 4-0
Kekalahan kelima saingan Liga Super 2014 malam tadi nyata tidak dapat diterima oleh pihak pengurusan TRW menyaksikan langkah drastik menggugurkan Steve Darby dari barisan kejurulatihan terpaksa dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Menurut Tan Sri Annuar Musa, ketua jurulatih dari England tersebut serta merta dilepaskan dari jawatan yang disandang selepas perbincangan dilakukan bersama pihak pengurusan pasukan Kelantan.
Darby yang memulakan tugas secara rasmi pada Disember tahun lepas sebelum ini menerima kritikan hebat para penyokong selepas kemerosotan berterusan prestasi Sang Kijang.
Lima kekalahan di saingan Domestik dan deretan keputusan mengecewakan dalam saingan peringkat AFC menyebabkan bekas pemain Liverpool FC ini terpaksa menerima hakikat penyokong mahukan perubahan segera dari pihak KAFA.
Sementara itu, Annuar turut mengumumkan pihak pengurusan TRW sudah menandatangani kontrak bersama pemain kebangsaan Ghana, Prince Tagoe.
Tagoe dilaporkan pernah beraksi di pentas Bundes Liga selain pernah beraksi dalam Piala Dunia buat negaranya pada 2010.
Pemain ini dijangka akan diturunkan pada perlawanan menentang Sarawak di Kota Bharu pada Jumaat depan.
Kemasukan Tagoe memaksa KAFA menggugurkan salah seorang pemain import sedia ada dan khabar angin bertiup kencang menyatakan Francis Forke Doe bakal dikeluarkan.
Laporan Redsfc-News
April 16, 2014 - 11:54 am
0-4 pada Sime Darby?? amende la Steve Darby ni…. bye Forkey Doe, tu la tinggalkan lg Selangor….
April 16, 2014 - 4:04 pm
Sime Darby….Steve Darby….hmmmm…ada pertalian darah & pertembungan kepentingan kot?
April 17, 2014 - 9:05 am
Sime darby tu kan kelab Steve darby..tu kena belasah..hahahahahaha forkey doe tak sesuai main dgn pantai timur, yg gatal pegi sana buat apa..kalau dia dgn selangor gabung dgn power ranger, mesti dasyat..predator nk dok kelantan mmg buruk la dia main..hahahahaha
April 17, 2014 - 4:22 pm
aku memang bengang lama dah dgn pokey doe ni. asyik mendada bola je. pastu dapat kat pemain lawan. kalu nak main gitu adik kepada sepupu jiran suami kakak aku pun boleh buat.
April 18, 2014 - 11:16 am
Padan muka, this is kote bau
April 19, 2014 - 5:04 pm
sudah-sudahlah tu man laksa. kesian aku kat enko ni. banyak banyakanlah berzikir, selawat atau baca Quran untuk makanan rohani, bukan provoke sana sini lebih lebih lagi sesama islam.
April 20, 2014 - 3:10 am
Buat apa aku nak bagi rohani makan , biarlah kakak dia iaitu rohana yg bagi makan… Muehehehehe
April 22, 2014 - 2:01 pm
HAHAHAAAHAHAHAHAHA………..LAWAK TEBODOH DARI ORANG TEBODOH DARI MANLAKSA….HAHAHAAHAAAHA.
April 22, 2014 - 3:31 pm
lantik David Moyes je la…..
April 23, 2014 - 9:03 am
Moyes dgn Darby dua2 sama je bangang..rasalah sapa dah amik dua gila ni..
April 23, 2014 - 9:10 am
Lagi bertambah bodoh kelantan main bila hasyim mustapa ganti..hahahaha kena bohjan bhotak gak yang latih ni..
April 25, 2014 - 10:58 am
PIALA AFC : LIGA MALAYSIA GAGAL BACA SELANJUTNYA http://cantikpermainan.blogspot.com
April 27, 2014 - 5:36 pm
kita tengok macam mana dia punya pergi dia dengan suntikan pemain dan jurulatih baru nih..
April 29, 2014 - 10:31 am
PKNS DIKORBANKAN BACA SELANJUTNYA http://cantikpermainan.com
May 3, 2014 - 2:36 pm
berubah xmjamin apa2 kjayaan….tpi perubahan perlu ada utk bjaya…gud luck..liga kita rumah kita…kita perlu sokong liga kita..
May 5, 2014 - 3:07 pm
David Moyes!
May 9, 2014 - 11:50 am
Sumber info terkini dan sensasi bolasepak malaysia jom terjah http://cantikpermainan.com