Exco bimbang prestasi hambar T-Team

KERAJAAN negeri Terengganu mula bimbang dengan prestasi skuad T-Team yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata pihaknya telah memanggil pihak pengurusan T-Team agar dapat memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

“Selepas mengharungi lima perlawanan, pasukan T-Team berada di tangga tercorot. Bagaimanapun, melihat prestasi pasukan, tidak adil mengatakan persembahan mereka buruk.

“Ini kerana dalam lima perlawanan terakhir, kita telah menentang pasukan-pasukan terbaik Liga Super,” katanya ketika ditemui di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Setakat ini, pasukan The Titans sekadar mengumpul empat mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Sepanjang lima perlawanan Liga Super, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah melakar satu kemenangan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan seri.

Tiga kekalahan yang dilakar pasukan T-Team adalah pada aksi menentang Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Rozi yang merupakan Pengurus T-Team, memberitahu beberapa kelemahan telah dikenalpasti bagi memantapkan pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super.

“Antara kelemahan pasukan termasuk pemain muda yang masih kurang pengalaman beraksi dalam saingan Liga Super.

“Dalam pada itu, terdapat pemain import yang mengalami kecederaan sehingga tidak dapat diturunkan.

“Saya agak kecewa dengan situasi tersebut. Kita telah melabur banyak tetapi aksi mereka (pemain import) akan mengecewakan. Begitupun, bukan semua pemain import begitu,” ujarnya.

Dia berharap, pasukan T-Team mampu memperbaiki segala kelemahan dan terus bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan sebaik saingan Liga Super bersambung semula pada 8 Mac nanti.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

6 Responses to Exco bimbang prestasi hambar T-Team

  1. HarapJangan main-main dengan sumpah. Terpelesok ke tangga ke bawah mungkin tanda-tandanya.

    • Apa la kau ni. Tak bagusla perli2 org. Cuma aku mampu pesan jela, memang sumpah2 ni jgn dibuat main2 sgt lagi sbb bola camni. Terusla berlawan bersukan tanpa provokasi,dah nmpk kalah pun lawan smpai abis, ambik contoh kedah, terusan lawan walaupun kalah teruk, tapi penyokong semua still baik2 takda gaduh2. Sama dgn selangor walaupun kalah. Sukan aje pun.TQ.

  2. Aku Setuju kata ang AKU Hebat… Bukan semua kat johor nu jahat belaka.. Ikut jahat puak kami pun ada jahat2 gak… Kami agak kenai cara2 set depa sebab kita satu rumpun gak.. 2musim jumpa kami tkdak betelingkah lansung.. Mugkin ampa sep pantai timur buleh blajaq cara kami jumpa depa sbb depa baru panjat bola,dok tekan depa gelupoq la jadi..

  3. Aku org sgor, x ada kna mgena dgn jhr atau tteam. Tpi bila dah kalah..tentu mereka akan mgaitkan dgn isu sumpah. Ttem U21 pun dah kna blasah 1-3 dgn jdtU21 kelmarin. Takot nti tem tganu pun terkait sekali.

  4. harap Pemain impot baru Tteam akan mehilangkan sumpahan ini.

  5. Apa dah jdi dgn tteam tewas 1-3 dgn pkns pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>