Piala Dunia 2014: Belanda 5-1 Spain
Belanda mencalar reputasi Sepanyol selaku juara bertahan selepas membaham lawan 5-1 dalam aksi Kumpulan B, Piala Dunia di Arena Fonte Nova sebentar tadi.
Dua gol masing-masing daripada kapten pasukan, Robin van Persie pada minit ke-44, 72 dan Arjen Robben (m-53,80) serta satu daripada Stefan de Vrij (m-64)menambah derita skuad La Roja kendalian Vicente Del Bosque yang tidak dapat mencari jawapan di atas kekalahan teruk yang tidak diduga peminat global.
Sepanyol mendahului 1-0 hasil sepakan penalti Xabi Alonso pada minit ke-27 selepas Diego Costa dijatuhkan namun senario awal mereka mampu mempertahankan kedudukan itu meleset selepas Belanda bangkit garang memalit duka kepada juara bertahan itu.
Perlawanan ini juga ulangan kepada final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan Sepanyol menang 1-0.
Ini adalah kekalahan terbesar kedua dialami Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia selepas dibelasah 6-1 oleh Brazil pada 1950.
Luahan Perasaan