Insiden kecoh: Perak berdepan hukuman berat
PROTES terhadap pengurusan atau memang tak pernah serik, itulah persoalan yang perlu dijawab melihat insiden kekecohan dilakukan segelintir penyokong The Bos Gaurus.
Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan denda RM20,000 kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bulan lalu, kini hukuman baru pastinya menanti.
Tidak mustahil beraksi tanpa penyokong memandangkan apa yang berlaku selepas tamat perlawanan dengan Johor Darul Ta’zim I (JDT) bukanlah kesalahan pertama.
ORANG BARU
Sebelum ini, Kelantan dan Terengganu dilihat antara penyumbang utama kantung FAM akibat tindakan segelintir penyokong mereka namun semua itu sudah berlalu.
Pelbagai denda dikenakan namun tidak sampai tahap beraksi tanpa penyokong, Kesedaran dan komitmen berterusan pengurusan nyata membuahkan hasil apabila tiada lagi insiden dilakukan penyokong hingga memberi kesan buat pengurusan.
Kini nampaknya, Perak telah menempa nama tersendiri bukan sebagai pasukan bola sepak hebat tetapi penyokong yang digeruni kerana aksi di luar padang selepas perlawanan.
MASIH TUNGGU
Setiausaha Agung (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beraksi tanpa penonton antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap mana-mana persatuan bola sepak yang gagal menyediakan kawalan keselamatan mengikut piawaian ditetapkan sehingga membolehkan kekecohan seumpama itu tercetus.
“Beberapa kemungkinan akan berlaku sekiranya dikenakan tindakan tatatertib, kemungkinan Perak terpaksa beraksi di dalam stadium kosong tetapi kami berharap tidak sampai ke tahap itu.
“FAM menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan untuk dirumuskan sebelum diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan susulan dan melihat perkara ini sesuatu yang sangat serius,” katanya.
PERLU BIJAK
Jadi persoalannya, adakah tindakan dilakukan penyokong ini sebagai satu protes terhadap pengurusan jika dilihat prestasi semasa dan isu penyerang import yang turut menarik perhatian peminat bola sepak tempatan.
Melakukan bantahan boleh tidak salah tapi biarlah bertempat bak kata pepatah kalau menarik rambut dalam gandum rambut jangan putus dan gandum tidak berselerak.
Pengurusan pula jangan sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja bila perbincangan secara bersemuka diadakan tapi perlu berusaha memperbaikinya demi kebaikan bersama.
Berada di dasar Liga Super pastinya sesuatu yang perit diterima penyokong malah beberapa pertukaran pemain import dalam semusim turut menambah derita The Bos Gaurus.
KITA MAMPU
Masih ada masa buat penyokong segelintir Perak untuk berubah, kalah dan menang adat dalam sesuatu perlawanan begitu juga penyokong lain kerana kita semua bersaudara.
Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Usah biarkan emosi menguasai fikiran kerana sukan untuk semua dan pamerkanlah semangat kesukanan.
~ Sinar Harian
April 26, 2014 - 11:07 am
entah kebetulan atau dah memang macam tu. semua yang bergaduh mesti berkaitan dengan JDT. pikir-pikirlah. boleh majukah bolasepak negara kalau ada watak macam ni.
April 28, 2014 - 9:16 am
sape cakap mesti jdt??perak lwn selangor kat ipoh mcm mane? kau ni bodoh la. bas selangor dah kena cat dulu la kat ipoh,lepas tu jdt plk kena.fan selangor pos gambar dorg kat fan johor yg dorg kes serupa kena ngn perak. kira belah utara perak je yg ganas setakat ni. pantai timur pahang. selatan johor. kalau dah tak puas hati ngn johor napa selangor pun kena benda serupa?? kasi jawab la kayu wei. kasi panas org selayang pulak.
April 28, 2014 - 9:18 am
Dia ni BABI suka-suka. walaupun aku bukan org johor atau selangor, tapi aku panas sebab selangor pun jadi target perak.Cam haram.
April 29, 2014 - 11:55 am
tu sapa suruh lepaskan Rangel ke Selangor? kan dah lingkup….
April 30, 2014 - 8:41 am
Lepaskan ke ape?Bkn gaji rangel mahal ape. Perak budget kurang la. Tu rangel pun lari, dia pun nk main afc cup. Serupa kelantan, hilang nwakaeme dgn farhan sbb mintak up gaji tak layan, terus main mcm ape. Faham tak?
May 4, 2014 - 1:58 pm
Yg nyata, rangel mmg power. harap malam ni tak power lawan terengganu..hehe
April 30, 2014 - 8:50 am
Mana ada lepas bro, perak tak mampu gaji rangel lagi la, sbb dia striker prolifik, bkn sebarangan. dia mintak naik gaji le tu. cuma pengurusan perak buta, player main half season leh score naik top 5. sindri mau igt.
May 3, 2014 - 2:30 pm
nasib la yob
May 3, 2014 - 2:31 pm
kembung lg poket fam
May 4, 2014 - 1:57 pm
Pening kepala FAM…hohoho
May 5, 2014 - 11:49 am
sakai elok letak dalam sangkar x layak pn pergi stadium……kwan wakil rakyat johor kirim salam kpada sakai2 di perak….this is johor bharu darah lanun.
May 5, 2014 - 4:45 pm
Ko yg darah lanun, aku bukan walaupun aku keturunan Johor sbb gua org muar, daerah sultan asal yg bukan lanun. Johor utara baka terbagus dari Johor selatan,port pendekar2,port kiai2,port ulamak2,port kesultanan2. kami bukan lanun, okeh.
May 5, 2014 - 4:48 pm
perang jementah,selendang merah,silat sendeng,mee bandung,nasi beriani,sate…Hidup batu pahat,hidup segamat,hidup muar!!!jb diam2 sudah kan..hahaha
May 7, 2014 - 10:12 am
cibai….gua bgi luar 5*