Selangor waspada ancaman PDRM
Pemecatan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Azman Adnan boleh mengundang bahaya kepada Selangor apabila kedua-dua pasukan bertemu Sabtu ini.
Kapten Selangor Shahrom Abd Kalam berkata, pemain Merah Kuning tidak boleh memandang mudah pertemuan di Stadium Shah Alam itu kerana boleh menyebabkan mereka berdepan kesukaran meraih tiga mata.
Selain tidak lagi menggunakan khidmat Azman, PDRM turut memecat tonggak pertahanan Mohd Muslim Ahmad dan pemain sayap Nurul Azwan Roya.
“Kebiasaannya, pasukan yang bermasalah akan bersatu dan berjuang habis-habisan. Ia bukan tugas mudah bagi kami kerana mereka pasti mahukan kemenangan.
“Mereka bukan lawan yang lemah, ada ramai pemain berkualiti terutamanya import yang mampu mengundang bahaya kepada kami,” katanya.
Shahrom menegaskan Merah Kuning tidak lagi boleh tercicir sebarang mata sekiranya mahu mencabar kejuaraan liga pada baki perlawanan yang ada.
“Kita mahukan tiga mata terutamanya apabila beraksi di tempat sendiri. Kami masih optimis dengan kedudukan Liga Super ketika ini.
“Apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Paling penting kami berusaha untuk mendapat hasil terbaik untuk pasukan,” katanya.
Luahan Perasaan