Jepun Juara Piala Asia 2011

JEPUN muncul juara Piala Asia 2011 selepas menumpaskan Australia 1-0 menerusi jaringan menarik babak kedua tambahan masa 30 minit selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa penuh perlawanan yang berlangsung di Stadium Khalifa, Doha awal pagi ini.

Kemenangan itu membolehkan Jepun memenangi Piala Asia buat kali keempat sekali gus satu rekod bagi kejohanan anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) hasil jaringan tunggal penyerang gantian, Tadanari Lee.

Lee merembat masuk voli dengan kaki kirinya pada minit ke-109 masa tambahan perlawanan akhir di Stadium Antarabangsa Khalifa sebaik sahaja menerima umpanan Yuto Nagatoma dari sebelah kiri tanpa dikawal sesiapa.

Skuad Blue Samurai dan Socceroos terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa permainan sebenar.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>