Tarikh Mula Puasa 2012
Pengumuman Tarikh Puasa 2012
Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu, 21 Julai 2012
KUALA LUMPUR, 19 Julai — Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
- BERNAMA
Pengumuman Puasa 2012 / 1 Ramadhan 1433H
July 19, 2012 - 11:12 pm
Alhamdulillah msh diberi ruang utk mrasai nikmat Ramadhan thn ini.
July 20, 2012 - 12:01 am
Alhamdulillah dpt lg menunaikan ibadah puasa..Selamat Berpuasa semua..:-)
July 20, 2012 - 12:20 am
rndu kt atuk lama yang istihar puasa n raya
July 20, 2012 - 5:54 am
Selamat berpuasa kpd admin dan seluruh pengunjung sokernet.
Mlm ni iblis semua dah kena ikat. Harap2 dah x de la komen2 merapu.
July 20, 2012 - 10:12 am
syukur kerana diberi kesempatan lagi,,
semoge kite sume dapat mnunaikan satu bulan ramadan kali ini,,
semoge komen2 tak tamadun dalam sokernet ini tiada lagi,,komen2 tegurmenegur,,nasihatmenasihati dalam bulan ini amat diharapkan,,
ape pun,saya disini ingin mengucapkan”SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA” mARhaban yaa marhaban
July 20, 2012 - 1:08 pm
alhamdulilah, masih bertuah badan nie untuk merasa nikmat berpuasa, harap takda aku kantoi puasa lagi tahun ni..haha
July 20, 2012 - 3:18 pm
jangan lupa puasa
August 17, 2012 - 10:52 pm
selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya