Bantah tindakan Telco Caj 6% ke atas pembelian kad prabayar (prepaid)

Cukai Kerajaan 6% Telco

Caj 6% Cukai Perkhidmatan Kerajaan dibebankan ke atas pengguna mulai 15 September

PERSATUAN Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

“Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

  • Prepaid Reloads & Sim Packs Face Six Pct Service Tax, Effective Sept 15

KUALA LUMPUR, Sept 8 (Bernama) — Purchases of prepaid reloads and prepaid starter/SIM packs for all telcos will be charged a six per cent service tax, effective Sept 15.

Prepaid customers would be informed via SMS beginning noon Thursday of this service tax, the Malaysian telco industry said in a joint statement here today.

Customers can also refer to the respective telcos’ websites for details or contact the customer service centres if they have further queries.

The telcos said the service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.

The Service Tax Act 1975 requires telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including mobile prepaid services.

This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels.

Whilst service tax on prepaids is not new, the telcos have been absorbing it for mobile prepaid services since the introduction in 1998.

The move taken is to ensure mobile prepaid services remain competitive compared to the postpaid, given the high prepaid rates for calls and SMS at its onset.

With prepaid rates progressively reduced over the years, it is currently offered at very competitive rates.

“With the six per cent service tax on prepaid services, a customer who purchases a RM10 prepaid reload will need to pay RM10.60, with the 60 sen being the service tax,” the statement said.

- BERNAMA

Related Posts

10 Responses to Bantah tindakan Telco Caj 6% ke atas pembelian kad prabayar (prepaid)

  1. menteri pon x leh apa2 ka? baik x yah jdi menteri..tgk la PRK akan dtg, mgkin menteri akn jd cerdik sikit time tu—yela nk raih undi

  2. nie yg buat lebih ramai rakyat malaysia yg bekerja kt luar negara xnk balek malaysia, gov makin ‘membizneskan rakyat’. tolong la rakyat semua dh ramai cerdik pandai.

  3. Pingback: KAD PREPAID PULA NAK KENA CUKAI 6% | TukarTiub | Berita Terkini Malaysia | TukarTiub

  4. Pandai betul syarikat amik kesempatan.. kemon tol..

    *kementerian, sila bekerja, atau kami akan kerjakan anda pada PRU akan datang..

  5. BN nak buat modal utk PRU13…..

  6. time belanja awek kat restoran makanan segera tu, korang tak tahu ke yg korang kena bayar caj tu. ni pun sama jugak la. kita boleh mintak utk cadangan elakkan daripada kena caj, tp janganlah pulak nak salahkan kerajaan.

  7. topup topup… pas ni kena jimat laaa… msj sekeping satu hari haaa3333 hidup umno… satu malaysia… satu malaysia…

  8. bro,,org tak makan ari2 KFC ke McD,,
    talipon org gune ari ari,,
    bahalul,,

  9. Selangor tetap akn jdi juara Piala Msia 2011..Kelantan bleh blah!

  10. selangok dgn misi 33 muah muah muah muah.. potong kek potong kek keh keh keh bodoh cm moktar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>