RTM dapat kebenaran Astro siaran langsung Final Piala Thomas 2014
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi posting di Twitternya mengesahkan RTM telah mendapat kebenaran khas Astro untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas 2014 di TV1 petang esok (Ahad).
Final Piala Thomas 2014 menemukan dua pasukan bukan pilihan, Malaysia dan Jepun yang masing-masing menewaskan Indonesia dan China menerusi kemenangan 3-0 pada Jumaat.
Sebelum ini Astro menetapkan harga RM4 juta sebagai bayaran untuk mendapat hak siaran langsung final Piala Thomas.
Kali terakhir Malaysia bergelar Juara Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.
Pada 2012 Malaysia sekali lagi berjaya melangkah ke pentas final namun tewas kepada Indonesia.
Pada aksi Separuh Akhir pada Jumaat, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 sekaligus menamatkan penantian 12 tahun untuk beraksi di perlawanan akhir seterusnya menyala harapan bagi merampas kembali Piala Thomas yang dikuasai China sejak sedekad lalu.
Luahan Perasaan