Astro minta RM4 juta siaran langsung Final Piala Thomas di RTM
Siaran langsung final Piala Thomas - Rayuan kepada ASTRO
Semalam menerusi akaun Twitter saya, saya telah umumkan bahawa Menteri Komunikasi & Multimedia setuju untuk siarkan final Piala Thomas melalui RTM. Sebagai bekas Menteri Sukan, Dato’ Sri Shabery amat memahami jiwa rakyat jelata pencinta sukan, ramai yang tiada akaun ASTRO.
Apabila disemak dengan pihak ASTRO, mereka memaklumkan pada DS Shabery bahawa kos yang perlu dibayar oleh RTM sekiranya mahu hak penyiaran dari ASTRO untuk final Thomas Cup adalah RM 4 juta (ada yang kata RM 2.5 juta).
Saya difahamkan bajet penyiaran RTM tidak cukup untuk bayar ASTRO sebab kebanyakkan bajet penyiaran sudah dibelanjakan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak.
Jadi setelah disemak DS Shabery mengesahkan RTM sudah tiada peruntukan untuk membeli hak siaran Piala Thomas dari ASTRO.
Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM.
Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.
Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap2 dekat ASTRO tak yah fofular. Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran.
Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan2 bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata.
Mohon rakan2 dapat share post ini dan sama2 merayu dalam FB, Twitter dan lain2 saluran media sosial.
Please, let Malaysians from all walks of life watch this final.
Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
May 24, 2014 - 9:32 pm
PM perlu arahkan Astro memberi hak penyiaran istimewa kepada RTM. Astro telah diberikan banyak peluang perniagaan. Rakyat perlu didahulukan.