Piala Monsun gagal, rugi - Ahmad Shabery
SUDAH tujuh tahun dianjurkan, perlumbaan kapal layar Piala Monsun dianggap gagal apabila tidak memberi pulangan pelaburan setimpal dengan suntikan dana besar kerajaan setiap tahun.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi penganjuran Piala Monsun dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi satu acara sukan.
“Kita mahu berbincang dengan semua pihak sama ada Piala Monsun akan diteruskan dengan format sedia atau menggunakan kaedah lain memandangkan tujuh tahun penganjuran, sebahagian perbelanjaan datangnya daripada kerajaan berjumlah RM20 juta.
“Jumlah ini besar berbanding pengendalian acara sukan lain di negara ini,” katanya mengulas isu khabar angin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ingin mengambil alih penganjuran Piala Monsun daripada T-Best Events Sdn Bhd yang masih belum disambung kontrak penganjuran tahun depan.
Beliau berkata penganjur, T-Best Events perlu membuktikan tambahan penajaan yang diperoleh sebelum sebarang keputusan dibuat. — Berita Harian
Luahan Perasaan