Pahang 3-2 T-Team Piala Malaysia 2012

MESKIPUN meraih tiga mata berharga selepas menundukkan T-Team 3-2 malam kelmarin, Pahang tetap berwaspada menjelang pertemuan menentang Selangor pada aksi kedua Kumpulan D kempen Piala Malaysia malam esok.

Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, peluang skuad Tok Gajah untuk meraih kemenangan di Stadium Shah Alam nanti bergantung kepada disiplin para pemainnya.

“Situasi para pemain Pahang kini berada pada tahap. Bagi perlawanan menentang Selangor nanti, saya berharap para pemain dapat mengekalkan disiplin untuk menang.

“Kegagalan mengawal disiplin semasa perlawanan akan menyebabkan banyak kesilapan dan kelalaian yang dilakukan sehingga membawa kepada risiko kekalahan,” kata Che Nasir semalam.

Mengulas kejayaan membenam T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin, Che Nasir berkata, rentak serta disiplin skuad Pahang sepanjang perlawanan itu wajar dipuji.

Video Pahang 3-2 T-Team

Bagaimanapun, beliau menambah, para pemain tidak harus leka sehingga menyebabkan skuad kendalian Dollah Salleh itu bolos dua gol.

“Rentak permainan sedia ada wajar dikekalkan dan kita juga sentiasa berusaha memperkemas barisan serangan serta pertahanan supaya lebih mantap untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru para penyokong supaya terus memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah dalam menghadapi perlawanan seterusnya.

“Demi penyokong Pahang, kita akan berusaha menghadiahkan kemenangan kepada mereka dalam saingan Piala Malaysia,” ujarnya.

Jadual Perlawanan

No more matches scheduled.
Jadual Penuh Kumpulan D



coded by nessus

Leave a Reply