Orang yang paling teruja dengan kemenangan Pahang menamatkan kemarau kejuaraan sejak 21 tahun sudah semestinya Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Bukan sahaja membayangkan sedia memikirkan imbuhan, Tengku Rahman turut menangis kegembiraan apabila ditemui oleh pihak media selepas Pahang menjulang trofi Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.
Beliau cukup berbangga dengan persembahan seluruh pemain Pahang yang membuatkan beliau rasa terharu apabila Pahang akhirnya bergelar juara pertama kali semenjak tahun 1992.
”Imbuhan itu pasti akan berikan kepada semua pemain dan seluruh pegawai pasukan Pahang, cuma dalam bentuk bagaimana kami akan fikirkan kemudian.
”Mengenai kemenangan ini, saya lihat semua pemain telah berikan yang sebaik mungkin dan syukur kami menang kali ini.
”Kelantan sememangnya pasukan yang baik cuma rezeki dan nasib memang berpihak kepada kami,” katanya selepas perlawanan, semalam.
Dalam masa sama, Tengku Abdul Rahman memberitahu trofi Piala Malaysia akan diarak ke setiap daerah di seluruh negeri Pahang.
”Trofi ini pasti akan diarak di setiap daerah sebagai tanda pengiktirafan kejayaan Pahang kali ini.
”Sesungguhnya rakyat Pahang wajar berkongsi kemenangan ini setelah sekian lama tidak merasainya,” katanya.
— Utusan
Related posts
- Khairul Fahmi dihimpit jadual padat
- Final: Gelombang merah, kuning di Stadium Shah Alam
- Final: Tabik Tok Gajah
- Terengganu vs Kelantan [22 Ogos 2012]
- Final: Derita 16 tahun Abang Jalal berakhir
- Pahang Juara Piala Malaysia 2013
- Ghaddar digantung satu perlawanan, denda RM2,000
- Final: Saya macam dalam mimpi - Azamuddin Akil
- Final: Pahang akhiri penantian dua dekad
- Pahang vs T-Team [22 Ogos 2012]