Balingan Mercun Perlawanan Sarawak vs Selangor

BERANG akibat terkena serpihan mercun ketika aksi Piala Malaysia antara Sarawak dan Selangor di Stadium Negeri, Petra Jaya malam kelmarin, sekumpulan jurugambar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.

Insiden balingan mercun oleh seorang penonton tidak bertanggungjawab ke arah sekumpulan jurugambar terbabit berlaku sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan pada pukul 10.10 malam kelmarin.

Kejadian tersebut menyebabkan beberapa jurugambar berkenaan mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan mercun itu.

Video Sarawak 2-1 Selangor

Mereka ialah jurugambar Kumpulan Utusan, Mohamad Gustie Noorambia, jurugambar NSTP, Nadim Bokhari, jurugambar The Star, Zulazhar Sheblee dan jurugambar Bernama, Mohamad Razali Nordin.

Menceritakan kejadian itu, Mohamad Gustie, 36, berkata, dia bersama tiga rakan setugas sedang mengambil gambar para pemain keluar dari padang sebelum terdengar bunyi letupan kuat di belakang mereka.

“Saya kemudian berasakan sesuatu berlaku kepada telinga. Perkara yang paling saya risau semasa itu ialah akan hilang pendengaran.

“Mana tidaknya, mercun jenis air bom yang dilemparkan ke arah kami hanya kira-kira 0.5 meter daripada tempat kami sedang bertugas,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Kuching pukul 12.30 tengah hari semalam.

Sarawak memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah bergaya apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor pada perlawanan pertama Kumpulan D. — Kosmo




coded by nessus

6 Responses to “Mercun: Kumpulan jurugambar buat laporan polis”

  1. cmnuzi says:

    apa kata FAM?

  2. Kamal says:

    apa Kata FAM..?..katanya ..kita tak payah buat apa2,kalau pasukan dari Pantai Timur je kita bertindak..

  3. PENGADIL FAM HINGUSAN says:

    PENONTON NAIK BERANG KALU PENGADIL TU BETINDAK MCM BUDAK2 BUAT KEPUTUSAN TIDAK PROFESIONAL ITU MENYEBABKAN PENONTON LUAR KAWALAN..TENGOK KALU PENGADIL DPT MENGAWASI PENGADILAN DGN BAIK PASTI PENONTON TIDAK MERUSUH..
    NASIHAT SAYA PENGADIL2 FAM NI LAYAK JUAL NASI LEMAK KAT PASAR PAGI LAH ELOK SIKIT KRN TAK MENYUSAHKAN ORE n TAK MAKAM MENYUMPAH ORANG RAMAI

  4. jo says:

    kalau pengadil fam tu mcm budak2, awak tu mcm orang tua dah main tahi, lebih teruk daripada budak2 main hingusan.

  5. Tuuu Diaaaaaaaaqq says:

    penyokong bodo tahap cipan

Leave a Reply