Selangor vs Pahang Selangor vs Pahang
Selangor vs Pahang | Piala Malaysia 25 Ogos 2012

Jadual

No more matches scheduled.
Jadual Penuh Kumpulan D

SELEPAS dibaham Sarawak dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia Rabu lalu, Selangor tidak rela dibaham pula oleh pasukan Tok Gajah pada aksi kedua di Stadium Shah Alam malam ini.

Pengendalinya, Irfan Bakti menegaskan, tiada pilihan lagi buat Safiq Rahim, Bosko Balaban dan pemain-pemain Red Giants yang lain kecuali meraih kemenangan ke atas Tok Gajah jika masih berhasrat menjayakan Misi 33 kali menjuarai Piala Malaysia.

“Selangor kena menang, sudah tiada cara lain lagi buat kami selepas kalah kepada Sarawak dan tiga mata ke atas Pahang dapat menghidupkan peluang memburu slot ke suku akhir.

“Kekalahan kepada Sarawak sudah dilupakan pemain dan mereka hanya mahu memikirkan pertemuan dengan Pahang kerana perlawanan ini boleh disifatkan sebagai misi hidup mati.

“Biarpun saya akui kekuatan Selangor sedikit terjejas tanpa khidmat Amri Yahyah dan Bunyamin Omar kerana digantung, itu tidak boleh dijadikan alasan dan pemain perlu memikul tanggungjawab bersama, ” katanya.

Namun, Irfan sama sekali tidak memandang rendah kemampuan skuad bimbingan Dollah Salleh itu yang masih segar dengan kemenangan 3-2 ke atas T-Team di Stadium Darul Makmur.

“Pahang dilihat berada dalam moral yang cukup tinggi kerana baru sahaja berjaya memburu slot ke Liga Super dengan menundukkan beberapa pasukan Liga Super seperti Kedah dan Sarawak.

“Bukan mudah menghadapi Pahang dalam situasi sekarang di samping mereka juga merupakan sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain muda dan laju dalam melakukan serangan, malah Dollah adalah jurulatih yang berpengalaman luas,” katanya.

Pahang elak dijerat Gergasi Merah di Stadium Shah Alam

PERTEMUAN antara Pahang dan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini sudah pasti menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air.

Reputasi Selangor sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali seakan-akan memberi petanda bahawa skuad Gergasi Merah itu mampu menghadirkan gerun kepada setiap lawan mereka.

Bagaimanapun, ego Selangor sedikit tercalar apabila dimalukan Sarawak dengan kekalahan 1-2 di Stadium Negeri, Kuching, Rabu lalu.

Bagaimanapun, kekalahan itu jelas sekali membangkitkan semangat Gergasi Merah untuk kembali mempamerkan taring mereka yang sebenar.

Menyedari ranjau bakal dihadapi di Stadium Shah Alam nanti, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, pasukannya harus bersiap sedia dengan strategi terbaik bagi mengawal kemaraan Gergasi Merah.

“Kita sedar dengan kelebihan yang ada dalam pasukan Selangor. Oleh itu, kita telah membuat persediaan dan mengatur rentak yang lebih kemas.

“Seperti selalu dipesan kepada para pemain, mereka perlu kekal dengan disiplin tinggi dan tidak mudah tertekan atau terlalu berasa selesa dalam setiap perlawanan.

“Para pemain harus selalu berhati-hati semasa menghadapi Selangor bagi mengelak kecuaian sehingga menyebabkan kekalahan,” kata Che Nasir.

Che Nasir menambah, rentak permainan Pahang juga semakin diperkemas supaya dapat mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol.

“Sehubungan itu, saya minta semua penyokong Pahang memberi sokongan kepada pasukan Pahang di Stadium Shah Alam malam esok (malam ini).

“Para pemain (Pahang) berada dalam kondisi terbaik bagi menghadapi Selangor dan kita sudah bersedia untuk itu,” jelasnya.




coded by nessus

Leave a Reply