Perak vs Felda United | Piala Malaysia 25 Ogos 2012
Jadual
No more matches scheduled. |
---|
JURULATIH Perak, Jang Jung tidak mahu pemainnya melepaskan satu lagi peluang keemasan untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Felda United dalam aksi kedua Piala Malaysia kumpulan C di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Malah, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu memberi jaminan persembahan pasukannya pasti jauh lebih baik berbanding ketika diikat 1-1 oleh Sime Darby, Rabu lalu.
Beliau mengakui Perak gagal mempamer aksi baik dalam perlawanan sulung Piala Malaysia kerana pemainnya kurang cergas, namun yakin persembahan berbeza akan dipertontonkan di depan penyokong sendiri.
“Saya tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kami pada perlawanan Rabu lalu kerana mereka sebenarnya mampu beraksi lebih baik dan bertenaga,” kata Jang Jung, semalam.
Beliau dijangka mengekalkan kesebelasan utama yang diketuai oleh Shahrulnizam Mustapa apabila menerima kunjungan Felda.
Sementara itu, Shahrulnizam mengajak rakan-rakannya supaya memberi komitmen yang lebih tinggi untuk memastikan tiga mata penuh dapat dipungut di tempat sendiri, sekali gus mencerahkan peluang melayakkan diri ke suku akhir.
“Kemenangan esok (hari ini) mungkin dapat menjadi hadiah raya kepada penyokong setia Perak,” ujarnya.
Beliau berharap rakan-rakannya tidak mengulangi kesalahan yang sama ketika menentang Sime Darby, malah mengakui mereka beraksi di bawah tahap sebenar pada perlawanan tersebut.
Ketua pasukan itu berjanji dia dan rakan-rakannya akan mempamer permainan yang lebih baik untuk mencari tiga mata, namun dalam masa yang sama tidak memandang rendah kejutan yang mampu diberikan oleh pasukan pelawat.
Related posts
- Negeri Sembilan vs Perak [28 Ogos 2012]
- Perak vs Felda United [25 Ogos 2012]
- Jang Jung perkuat kerapuhan benteng Perak
- Skuad Perak dapat bonus raya
- Sime Darby vs Perak [22 Ogos 2012]