Tiada simpati buat Perak
Negeri Sembilan vs Perak | Piala Malaysia 28.08.2012
KETUA Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah menggesa anak didiknya supaya tidak mencicirkan mata penting menjelang pertembungan berdepan Perak di Paroi, malam esok
Menurutnya, beliau cukup waspada ancaman bekas juara Piala Malaysia tujuh kali kerana mampu bangkit selepas tewas dalam perlawanan terdahulu.
“Biasanya, pasukan yang kalah akan bermain bermati-matian menebus kembali kegagalan lalu. Jadi, saya harap pemain sentiasa fokus dan tidak terpedaya dengan tipu helah pasukan pelawat.
“Kami juga harus ambil kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mengukuhkan cengkaman di persada Kumpulan C, sekali gus mencerahkan laluan mara ke suku akhir kempen tahun ini,” katanya.
Pada aksi kedua kumpulan kelmarin, skuad Jang membelasah Sime Darby, 4-0 hasil ledakan hatrik Emmanuel Effa Owona dan satu jaringan daripada pemain yang dipinjamkan dari Polis, Khairul Izuan Abdullah.
Penyandang juara itu kini selesa menghuni tangga teratas kumpulan dengan mengutip empat mata hasil satu menang dan satu seri. — Sinar Harian
August 27, 2012 - 10:39 pm
semoga n9 mencapai kemenangan..HJH