Tahan lapar, dahaga dapatkan tiket final Piala Malaysia

tiket final piala malaysia 2013

Sebanyak 10,000 tiket daripada 30,500 tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada Kelantan habis dijual dalam tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada hari Rabu.

Hampir 5,000 penyokong fanatik pasukan ‘The Red Warriors’ mula beratur di stadium berkenaan sejak pukul 6.30 pagi walaupun lapan kaunter menjual tiket hanya mula dibuka pukul 3 petang.

Kelantan, selaku juara bertahan, akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Tinjauan Bernama di perkarangan stadium mendapati peminat sanggup menahan lapar dan dahaga serta berpanas semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dijual maksimum empat keping bagi setiap seorang.

Lima belas minit selepas kaunter dibuka, keadaan mula kecoh apabila pagar yang dipasang untuk keselamatan, tiba-tiba roboh disebabkan asakan penyokong yang saling menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh.

tiket final piala malaysia 2013

Bagaimanapun, seramai 73 pegawai dan anggota polis yang mula bertugas sejak pukul 12 tengah hari, berjaya mengawal keadaan.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Ismail Md Noor berkata hanya 10,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 20,500 tiket dijual secara pukal kepada penyokong yang mengikuti rombongan yang menaiki bas ke Stadium Shah Alam.

Beliau berkata penjualan tiket di stadium itu turut dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak sebarang unsur penipuan.

Seorang penyokong, Zahari Ibrahim, 56, dari Tendong, Pasir Mas berkata beliau mula beratur sejak pukul 8 pagi tadi dan tidak sempat makan semata-mata mahu membeli empat keping tiket untuk beliau dan anak-anaknya.

Beliau, yang terpaksa dipapah keluar oleh anggota keselamatan kerana hampir pengsan selepas berasak membeli tiket tersebut, berkata penantiannya selama tujuh jam itu berbaloi kerana berjaya mendapatkan tiket.

“Saya akan bertolak ke Shah Alam, Jumaat ini dengan anak-anak. Saya selalu pergi menonton di stadium setiap kali Kelantan berjaya melangkah ke final,” katanya.

Seorang penyokong, Roslina Mamat, 45, dari Bukit Marak, Bachok, berkata beliau tidak puas hati dengan kaedah penjualan tiket kerana terpaksa beratur terlalu lama semata-mata untuk mendapatkan tiket.

Roslina, yang beratur hampir empat jam, berkata KAFA seharusnya mengagihkan tiket tersebut ke setiap daerah bagi memudahkan orang ramai membeli tiket di tempat masing-masing.

final piala malaysia 2013 kelantan vs pahang

Related Posts

7 Responses to Tahan lapar, dahaga dapatkan tiket final Piala Malaysia

  1. siapa punya kepala otak hok yg gi cadang jualan tiket jam 3 petang? tak pernah di buat orang. kesiann kt peminat yg beratur lebih 8 jam dan tgh panas pulak tu. BENGONG TAHAP CIPAN!

  2. bernah sungguh idea puok2 nih

  3. Macamana ulat tiket masih berjaya memiliki tiket dengan jumlah yang banyak dan menjualnya pada harga setinggi RM90???!! Org dalam FAM, Majlis Bandaran, malah polis sendiri takkan biarkan aje?? Disarankan kepada penyokong2!! - JANGAN BELI TIKET DARI ULAT TIKET!! Ini penting untuk memberitahu kepada FAM bahawa masalah ulat tiket ini masih berleluasa tanpa kawalan yg berkesan!! BIarkan stadium tak penuh sehingga banyak ruang kosong supaya rakyat dan FAM khususnya tahu ni semua gara2 ulat2 tiket (yg kebanyakannya org Melayu yg pentingkan diri..) yg beli tiket banyak2 pastu menganiaya org lain yg bersusah2 beratur nak beli tilet!!! Macam cilaka je!!!

  4. Kesian woi dorg dah macam pelarian dengan kebulur berasak2..Bodohla pengurusan..Aku fans johor kalau dapat g final pun aku taknak lah..sudahnya tiket tak dapat,dengan kebulur haus lagi..Lahanat punya ulat..

  5. 3rd world punya minda tahap tu je…..teman cukup kesian pada si ulat amatueur ni….terpancar keletihan dan kelelahan di wajah depa semata2 untuk dapat sekupang dua…. Manakala si ulat pro berwajah ceria dengan ratusan tiket di tangan tanpa melalui susah getir…..nasib le hidup di negara yang pemimpinnya dgn mudah dapat memperbodohkan / mengabui mata dan minda rakyat marhaen……alahai

  6. bola punya pasal sanggup berpanas sampai ada yg injured bagai. Bodo baghal la puak2 ni

    • Aku sokong!! tengok fan JDT, rilek je, takde pun pegi beratur kat stadium Larkin, padahal final of final nanti kita org main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>