Stadium Shah Alam venue final Piala Malaysia 2012

Stadium Shah Alam FINAL piala Malaysia 2012
Stadium Shah Alam dipilih venue final Piala Malaysia 2012

FAM tetapkan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang perlawanan akhir Piala Malaysia 2012

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Stadium Shah Alam akan menjadi gelanggang final Piala Malaysia 2012, yang akan berlangsung 20 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, pemilihan venue tersebut menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil yang sedang dalam proses penyelenggaraan.

“Selepas bersidang bersama ahli jawatankuasa yang lain, kami memutuskan untuk memilih Stadium Shah Alam sebagai venue final Piala Malaysia tahun ini.

“Disebabkan keadaan padang yang tidak memuaskan, kami terpaksa menukar tempat bagi memberi keselesaan kepada pemain,” kata Hamidin.

Jelasnya lagi: “70 peratus keadaan rumput yang masih lembut juga tidak sesuai untuk digunakan.

“Dan ini jelas akan membahayakan pemain sekiranya beraksi di Stadium Bukit Jalil. Keputusan ini juga dibuat berdasarkan nasihat jurutera penyelenggaraan Perbadanan Kompleks Sukan Negara, Mohd Safwan Mat yang menganggap keadaan padang tidak selamat digunakan,” kata Hamidin ketika sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Hamidin juga berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Stadium Shah Alam dalam masa terdekat ini.

“Kami akan berbincang bersama pihak Jawatankuasa pengelola Stadium Shah Alam agar memperbaiki beberapa perkara sebelum berlangsungnya perlawanan akhir seperti lampu, padang dan tempat duduk.

“Ini kerana kami ingin memastikan keadaan stadium berada di tahap yang terbaik sekali gus menjamin keselamatan semua pihak,” katanya lagi.

Ini adalah kali ketujuh Stadium Shah Alam digunakan sebagai tempat perlawanan akhir Piala Malaysia sejak 1994.
Kali terakhir Stadium Shah Alam digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia ialah tahun lalu di antara Negeri Sembilan menentang Terengganu. — Sinar Harian

Related Posts

34 Responses to Stadium Shah Alam venue final Piala Malaysia 2012

  1. adoi final kat sah alam jauh tu dah la tak ada kemudahan awam ceh

  2. UDIN & IDIN bajet Selangor dpt msk final le tu…hakkkk ttuuuiiii…

  3. kemahkemim - SELANGOR dpt atau tak bkn FAS yg pilih untuk pakai SSA… Pergi tanya FAM kenapa tak pakai stadium kb? kan dah ada screen baru…

    • mambang KLANG ; ada stadium besar pun kalau tak pandai main bola buat apa? asyik kalah …kalah….kalah…..baik guna stadium tu untuk main guli.
      duk bangga dengan kejayaan nenek moyang…..misi33…anak cucu kaki bangku…main telor Ghaddar.

      • misi 33..
        ntah apa2 punya visi,dari dulu aku tak faham..tamak gila..

        kelate mmg powerrr…3 gol untuk kelantan,2kad merah untuk selangor..

      • woi pak man. aku nk tgk nnt bla team mu drop jd mcm prlis,kdh…aku nak tgk hang xugkit2 rekod team ko.jgn ckp bsr der….jgn lupa hdp ni mcm tayr…jap kt ats jap kt bwh…skang ni team ko bleh la nk bgga2…ko kna igt lngit x slalu cerah..wait n c la nnt bla team ko alami zmn kjatuhn…tlg jgn nk over2 komplen team slgor..truk2 diorg main pn stil lg konsisten top 3 kat liga malysia dah brthn2…bengong pnya PAK MAN!!!

        • selagi tan sri anuar musa bersama kelantan…kelantan x akan jatuh….selagi penyokong selangor x berubah…..dan x ada moral selagi tu bola sepak dia x akan kemana

          • Takleh kata lagu tu, seolah2 TS Anwar penentu segala. Letak InsyaAllah kat hujung ayat tu. Tengok aritu, nyaris nak kena singkir kat felda. Piala FA pun sipi2 aje beat sime darby. Maknanya kelate tak kebal mana pun cuma nasib masih sebelah kelate mungkin berkat doa dan usaha lebih.

        • btl ko ckp tu….sekurang2 team selangor masih top 3 maintain lg…cume x leh pegang liga je….cam ada satu team tu…baru je naik tp cakap cam team barcelona dah…tp jgn lupa hidup bagai roda..kdang2 naik kdang2 turun…..nnti turun tau la akibat…tp jgn nak salah kat org lain plak..yg tu kna terima hakikat.

          • yup..mmg maintain top 3..tp tgok la liga super,berapa beza mata,jangan malu pada kelantan,tp malu pada singapura..kalau tiada kelantan,piala liga super sudah ke singapura..

            safiq rahim nak kluar,tahun dpn selangor makin down aku rasa..tahun dpn top 3=ATM,KELANTAN,LION 12..harap team lain bangkit juga..

            insyallah,kelantan akan ada pengurusan y terbaik utk 33tahun akan datang..sampai cucu aku pun akan sorak GOMO KELATE GOMO..amin

  4. alasan yang MAK x boleh terima,midin oh midin,puih!!!

  5. org klate klu x suka, pergi main kt stadium Myanmar sana tuh..puii

    menyusahkan org je

  6. this is shah alam ok..stadium keramat the red giant..sape2 je yg bertandang kt sini akan menangis..

    • Shah alam akan jadi kota bharu nanti, kau tengok lah jumaat ni, ribuan red warriors akan memerahkan stadium SA..

      Sapa2 yang bertandang ke sini akan menangis? Aku rasa kau tujukan pd fan selangor kan? Hehehe.. Dulu selangor kena rogol 5-1 ngan kelantan, aku rasa fan selangor yg menangis.. Hahaha..

      Tu pn nk cakap besar lagi.. Tak sedar diri.. Kita tengok jumaat ni..

      • wei der…kalo nak crta dlu2 slgor pn ada rekod dlu2 blasah klntan kt KB…ko bkak arkib kat FAM sna tuh…hahahahaha

    • Menangis??? yessss!!!! Menangis kerana trharu sesangat dapt mengalahkan tuan rumah….

  7. aku nak tengok sangat kesan dan akibat daripada kecek besar/bual org selangor nih…. biar kena titik banyak sikit trip nih.. koya sangat deh

  8. Pelik orang kelantan, FYI final piala malaysia hanya dibuat di Klang Valley, tradisi, kalau nak buat sangat kat kelantan,buat piala rantau panjang then lawan kat kota bharu

    • Sapa mintak wat final kat Kelantan??? Kau reka cerita apa ni?
      Kau mimpi di siang hari ni..!!!!
      WOI IRFAN BAKTI!!! Penyakit kau dah berjangkit ni….
      Hahahahahahaha… Loser2 ni patut digelakkan je…!!!!

  9. Alhamdullillah….mng gok TRW!!!! Skrang…sapa yg dok mimpi di siang ari??? Cobe ko ckp kat ku irfan!!!! Menangis dlam jamban la ko…. huahuahuahua Tp sayang,gaddar ngan farhan rasenyer xdpt main final ni sal dpt yellow kad 2 kli dah!!!! Rugi ah camni.. Apapun tahniah tok TRW!!! Bravo…

  10. ish..
    main bola dgn smgt kesukanan.. sape2 menang pn aku sokong. go malaysia.. hope final besh:) hihihi~
    tak kisah la main kat mana.. jnji keselamatan pemain dan penonton terjamin.. gud luck Kelantan!
    gud try Selangor!

  11. …..cakap berdegar-degar, tahi terkepit di celah gelegar……

  12. ….stadium besar, tapi pemain pula kaki bangku. Penyokong pula penakut hampas, game belum habis dah keluar….balik awal.
    …coach hilang entah ke mana………

  13. lalalalalalala laaa laaa la

  14. misi 33 lagi tahun depan, atau….

    misi 3 ( 3 kali kempunan )

  15. Shah Alam Stadium is wayyy better than Bukit Jalil.. access road ok, access door ok, coming out of stadium not packed like Bukit Jalil(can suffocate especially to those with kids), traffic out faster. Only capacity is lower and no LRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>