Piya pula terima ugutan bunuh
Badhri Radzi pemain Kelantan kedua diugut bunuh selepas Indra Putra
KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.
Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.
Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.
Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.
“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.
“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.
Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”
Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).
Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.
Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.
- Kosmo
November 1, 2013 - 3:01 pm
FAM kena berbuat sesuatu dengan perangai hodoh org2 seperti elman ganu dan seangkatan dgnnya. Lapuran polis mesti dibuat. Inilah akibat ambik mudah dengan ugutan kepada indra haritu. Kalau mcm ni senanglah, ugut mengugut pastu minta maaf. Patut sumbat aje jenis puak2 jenis bengong ni dalam lokap seminggu dua sebagai pengajaran jgn sekali2 bergurau gilababi mcm ni. Kalau FAM diam, tunggulah nanti ada lagi org gilababi yg akan buat lagi.
November 1, 2013 - 5:56 pm
The Red Warriors & Elephant Warriors, dua2 jirang ambe. Ambe sbg orang tengoh, ambe berkecuali, ambe sokong dua2..Selamat berjuang…. jage name baik Pantai Timur….This is Pantai Timur…..
November 1, 2013 - 8:10 pm
Berdasarkan pengalaman gua dalam peperangan yang hebat (hebat la sangat haha),Seseorg yg diugut akan terkesan walupun sikit selagi tak dikutahui puncanya hal itu. Sape2 yang kena ugut mesti tak senang duduk sebenarnya,mulut boleh cakap perkara biasa,tapi hati tu Tuhan saja yg tau. Sebab motif dan punca kita tak tau,lagi bila kita ada keluarga,semua akan jd kesan sampingan pada diri kita. Kecuali orang tu memang brutal dan gila tu lain la mungkin takda perasaan macam bezita. Kita tak tau org tu main2 ke atau maybe betul2 ke dan tak tau kita ni ada musuh ke apa. Silap2 yg gurau tu tak bunuh org lain pulak yg bunuh. Jadi hati2 jela. Pada yg ugut tu, mak lu malang lahirkan lu sial, meh ugut gua nk tgk sapa ilang kepala dulu. Gua simpati pada piya.Harap mu sabor dan bg tumpuan apa yg patut dulu,keliling mu ramai geng jd coolkan dirimu.. Ikhlas dari brutal muarian.
November 1, 2013 - 10:16 pm
Elman ganu memang jenis sial lagi bangsat. Lapuran polis pun sudah dibuat. Nak tunggu tengok muka menatang sial lagi bangsat ni keluar minta maaf. Jangan pulak kali ni cakap cicak pun dia takut. Bergurau ke tidak, harap dia dihukum sewajarnya. Tiada maaf bagi mu. Aku yakin pihak polis punya kepakaran nak cari bangsat elman ganu ni.
November 1, 2013 - 11:20 pm
Kalau ikut yang lepas2 ….depa yg cakap ganas di alam maya ni biasa sivik dan moyok nak mampus bila didedahkan oleh pihak berkuasa
November 2, 2013 - 8:05 pm
eh eh korang ni over lak
piya rilek jer korang lak yg lebih2… puiii
November 3, 2013 - 8:26 am
nak sibuk buat gapo gak… amik nama dia dan mak dia…. pastu atar ko bomoh siam… 3 hari ja, pastu mcm2 jadi.