Negeri Sembilan akhiri musim 2011 penuh bergaya

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

  • Hairuddin Omar Pemain Terbaik Final Piala Malaysia

NEGERI Sembilan mengakhiri musim Liga Malaysia 2011 dengan kejayaan manis apabila menjulang Piala Malaysia edisi ke-85 setelah mengalahkan Terengganu menerusi kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam tadi.

Hairuddin Omar menjadi wira buat skuad Hoben Jang Hoben setelah menjaringkan gol penentuan apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sebelum berakhirnya 90 minit masa perlawanan.

Kali terakhir Negeri Sembilan menjulang piala itu ialah pada 2009 setelah menumpaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beraksi di hadapan lebih 70,000 penyokong, kedua-dua pasukan bermula garang apabila masing-masing melancarkan serangan balas ke gawang lawan pada babak pertama namun buntu mencari gol pembuka tirai.

Negeri Sembilan terlebih dahulu melancarkan serangan awal ke atas Terengganu yang diketuai penyerangnya, Hairuddin sejurus tirai babak pertama bermula namun sepakannya sekadar lalu menyinggahi tepi tiang gol Terengganu.

Terengganu dihidangkan peluang terbaiknya pada minit ke-23 menerusi penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti namun palang menjadi penghalang yang dikawal penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan pula mendapat peluang terbaiknya menerusi serangan balas hasil gerakan dan larian lincah yang dipamerkan oleh S.Kunanlan namun tersasar sepakan bolanya yang lalu di tepi gawang skuad Penyu itu hinggalah tamat babak pertama.

Berselang babak kedua berlangsung, Terengganu yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-59 yang berpunca daripada satu serangan pantas hasil larian Abdul Manaf yang bijak menghidu peluang sebelum melorongkan bola kepada Ashaari Samsudin dalam kotak penalti.

Tanpa sebarang masalah, Ashaari pantas merembat masuk bola ke gawang menewaskan Mohd Farizal dan membuatkan penyokong Peteh Ganu Peteh bersorak keriangan.

Tersentak dengan keputusan itu, skuad Hoben Jang Hoben melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya skuad kendalian Mohd Azraai Khor memperoleh gol penyamaan pada minit ke-81 yang dijaringkan oleh Kunanlan menerusi hantaran lambung yang menewaskan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang dilihat teragak-agak menangkap bola tersebut hingga membawa padah.

Selang lima minit kemudian Hairuddin selaku pemain senior terus mencurahkan ilmunya dan berjaya melengkapkan kemenangan dengan penyudah lipatan gunting ke sudut kanan gawang Terengganu hasil hantaran lintang daripada pemain tengah, Muhamad Shukor Adan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Piala Malaysia kepada pasukan Negeri Sembilan.

Hairuddin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

2 Responses to Negeri Sembilan akhiri musim 2011 penuh bergaya

  1. Ganu Nelanggggg…….
    Reboh terlentang…..adusssss.

  2. hilang dah penyokong ganu entah kamana….penyu kecewa sbb telur di rampas ns 9…lepas si bapa punya pergi ke selnagor lak ha3 ….org ganu kabo je besar…x ada nelang pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>