Piala Malaysia 2011: Kumpulan A
- KEDAH
PERJUANGAN pasukan Hijau Kuning untuk mara ke final terkandas setakat separuh akhir pada saingan Piala Malaysia selepas dikecewakan Kelantan, musim lalu.
Kedudukan dalam liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011.
Kini, peluang Kedah mengulangi kejayaan menggondol dua kali berturut-turut dilihat cerah selepas beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan sebelum ini pulih.
- PERAK
CABARAN Seladang sekadar berakhir pada peringkat kumpulan kerana Johor FC dan Kedah mengisi slot ke suku akhir musim lalu.
Prestasi Yob juga terumbang-ambing apabila menamatkan kedudukan keenam Liga Super dan berkemungkinan terpaksa beraksi tanpa lima pemain utama gara-gara penggantungan oleh FAM.
Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia ialah pada tahun 2000 selepas menewaskan Negeri Sembilan.
- SABAH
PADA kempen Piala Malaysia tahun lalu, pasukan Sabah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.
Sang Badak sekadar mencatat dua kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.
Di saingan Liga Super musim ini, anak buah Justin Ganai menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12 kekalahan.
Sabah tidak pernah menjulang Piala Malaysia sebelum ini.
- JOHOR
WALAUPUN tidak menyertai saingan Piala Malaysia musim lalu, pasukan dari selatan tanah air iaitu Johor bakal memeriahkan saingan tahun ini.
Bagaimanapun, suatu ketika dahulu skuad Jengking pernah menjulang trofi Piala Malaysia iaitu pada 1985 dan 1991 apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dan juara sebanyak 32 kali, Selangor 3-1.
Pada saingan Liga Perdana pasukan yang pernah menjulang kejuaraan liga pada 1999 ini berjaya menduduki tempat keempat dengan mencatat 11 kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan daripada 22 perlawanan.
August 16, 2011 - 11:17 am
arap psakan kedah mjd lbh mntap dlm kmpen piala malaysia!!!!!!!!!!!!!ayoh bktikn sang knari mampu terbang tggi!!!1
August 25, 2011 - 11:07 am
taun ni….malaysia cup mesti KEDAH punya..
September 10, 2011 - 5:12 am
blm tentu kedah pnya….tgk negeri lain konsisten mcm mana….kelantan,selangor,terengganu,perak,n.sembilan..otai2 tu