Penyudah tumpul: K Devan tidak terlalu gusar
PENGENDALI Selangor, K Devan setakat ini berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam persiapan menjelang kempen Piala Malaysia yang bermula bulan depan.
Katanya, pemain menunjukkan semangat juang tinggi dalam tiga perlawanan persahabatan baru-baru ini.
“Dalam tiga perlawanan persahabatan, kita tidak melepaskan sebarang gol.
“Dari segi serangan pula, Selangor lebih banyak mencipta peluang menjaringkan gol,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai prestasi aksi pemain pinjaman iaitu Nazri Ahmad dan Haziq Zikri Elias (Harimau Muda A), Devan berkata kedua-dua pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam skuadnya.
Menurutnya, prestasi Haziq kurang konsisten dan memerlukan kecerdasan fizikal yang baik untuk bermain.
Bagaimanapun katanya, Nazri menunjukkan permainan memuaskan dan pemain muda yang berpotensi.
“Apa pun saya mengakui beberapa pemain kurang beraksi baik dan gagal menunjukkan permainan sebenar mereka,” katanya.
Dalam tiga perlawanan persahabatan setakat ini Merah Kuning itu belum melepaskan sebarang gol.
Namun selepas menewaskan skuad kebangsaan 1-0 pada 6 Ogos lalu, Selangor hanya berjaya menewaskan ATM 1-0 pada aksi yang berlangsung 10 Ogos lalu dan seri 0-0 dengan Felda United, Sabtu lalu.
Keputusan itu menggambarkan jentera serangan Selangor masih belum mencapai tahap yang dikehendaki menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September depan.
Luahan Perasaan