41 Gol dalam dua perlawanan Piala Malaysia

Piala Malaysia 2011

Sime Darby, Sarawak dan PDRM belum menghasilkan sebarang gol

MENJELANG perlawanan ketiga Piala Malaysia, setakat ini, sebanyak 41 jumlah gol telah dihasilkan daripada dua perlawanan yang sudah berlangsung.

Perlawanan pembukaan pada 6 September lalu, menyaksikan 16 jaringan dihasilkan membabitkan lapan perlawanan.

Memasuki perlawanan kedua, 25 lagi gol terhasil menjadikan jumlah keseluruhan 41 gol, satu jumlah yang boleh dibanggakan.

Mendahului senarai penjaring terbanyak, pendahulu Kumpulan B (Negeri Sembilan) dengan tujuh jaringan keseluruhan, diikuti Terengganu, enam jaringan dan Kuala Lumpur, lima jaringan.

Sementara, tiga pasukan masih ketandusan gol adalah pasukan berstatus kelab, Sime Darby, PDRM dan Sarawak.

Berdasarkan rekod, Mohd Khairil Mohaimin adalah peledak terawal berjaya menjaringkan gol pertama buat Kedah pada minit ke-7 ketika menentang Johor, 6 September lalu.

Namun, daripada hasil kerancakan jumlah jaringan tercipta ini, apa menyedihkan jumlah kehadiran penonton yang amat mendukacitakan.

Sebagaimana biasa aksi membabitkan pasukan Kelantan terus menarik kehadiran penonton sama ada berlangsung di Kota Bharu mahu pun di gelanggang lawan. Sama ada disiar secara langsung di kaca TV mahu pun tidak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>