MB nasihati peminat tidak ulangi insiden baling botol

Insinden baling botol semasa aksi Piala Malaysia 2011, Terengganu lawan Negeri Sembilan

PERLAWANAN antara Terengganu dengan Negeri Sembilan baru-baru ini terhenti seketika akibat kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong.

  • Terengganu vs Kelantan
  • Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2011
  • Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  • 10 Oktober 2011

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berharap pihak keselamatan dapat bertindak pantas dalam menghalang sebarang bentuk kekacauan yang bakal berlaku pada perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan 10 Oktober ini.

Menurut beliau, perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu bakal dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan sekali gus memungkinkan berlakunya kekacauan.

Justeru, katanya, kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diharap dapat menjamin keselamatan dan suasana aman di stadium sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya kurang berpuas hati dengan insiden peminat membaling botol ke arah pengadil dan pemain lawan pada pertemuan Terengganu dengan Negeri Sembilan minggu lalu.

“Sepatutnya, pihak keselamatan perlu bertegas dan pantas menangani kekacauan itu sebelum sebarang kejadian lebih buruk berlaku,” katanya selepas mesyuarat exco semalam.

Ahmad juga berharap pihak keselamatan dapat ditempatkan di setiap sudut di stadium bagi menghalang peminat daripada bertindak ganas.

Bagaimanapun, beliau turut menegur sikap segelintir penyokong Terengganu yang agak keterlaluan seperti membaling objek ke padang.

“Mereka (penonton) perlu ingat yang perbuatan mereka ini direkodkan oleh kamera video dan sebarang tindakan boleh dibuat berdasarkan bukti ini.

“Jadi, saya nasihatkan kepada semua penyokong agar lebih profesional terutamanya pada perlawanan 10 Oktober ini,” jelasnya. — Kosmo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>