Kelantan kembali di landasan buru treble
Kelantan vs Kedah [2-1] Piala Malaysia 25 Ogos 2012
KELANTAN kembali ke landasan untuk memburu gelaran kejuaraan treble pertama setelah mencatatkan kemenangan sulung dalam kempen Piala Malaysia 2012.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi, Kelantan memanfaatkan segala kelebihan beraksi di gelanggang sendiri meskipun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Kedah di hadapan hampir 25,000 penyokong setia mereka.
Dua gol hasil jaringan pemain pinjaman dari KualaLumpur, Muhammad Afiq Azmi dalam babak pertama menyelamatkan maruah skuad kendalian Bojan Hodak daripada terus dipalit dengan keputusan luar dugaan dalam pertandingan yang memasuki edisi ke-86.
Kelantan yang melakukan sepak mula bagaimana pun dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat apabila Mohd Khryl Muhymeen Zambri yang melepasi dua pemain pertahanan mudah merembat masuk menewaskan penjaga gol, MohdShahrizan Ismail pada minit kelima perlawanan.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali menggandakan serangan namun percubaan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim di dalam kotak penalti hasil tampanan Muhammad Afiq sempat ditepis keluar penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias lima minit kemudian. Pasukan pelawat yang tampil dengan semangat baru untuk mencipta kejutan di Kota Bharu hampir menjaringkan gol kedua mereka namun sepakan lencong MohdKhryl Muhymeen sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-16perlawanan.
Ketangkasan Mohd Shahrizan di gawang Kelantan seharusnya dipuji apabila beliau menyelamatkan dua percubaan berbahaya Kedah menerusi sepakan percuma Kaptennya, Baddrol Bakhtiar dua minit kemudian dan menolak keluar percubaan VedranGerc pada minit ke-22 perlawanan.
Keresahan penyokong setia The Red Warriors untuk menyaksikan gol penyamaan bagaimanapun menjelma tujuh minit kemudian. Muhammad Afiq memanfaatkan bola muntah tangkapan Mohd Helmi Eliza hasil rembatan awal Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi dengan menolak masuk gol pertama Kelantan.
Jaringan penyamaan tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat juang pemain Kedah, malah mereka nyaris sekali lagi mendahului kalau tidak kerana sepakan percuma yang dilakukan Baddrol pada minit ke-34 perlawanan singgah di palang gol Kelantan.
Di sebalik asakan bertali arus pemain Kedah, Muhammad Afiq sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempunyai peluang terbaik untuk meledakkan gol kedua Kelantan namun
Muhammad Afiq menggunakan kelebihan fizikal beliau dengan melonjak tinggi menanduk masuk gol kedua Kelantan setelah menerima hantaran lintang daripada Mohd NurulAzwan Roya pada minit-minit akhir babak pertama.
Bersambung babak kedua, menyaksikan Kelantan mempunyai peluang untuk menjarakkan kedudukan namun Muhammad Afiq terlepas peluang untuk mencipta nama selaku penjaring hatrik apabila tandukannya sedikit melewati pintu gol Kedah pada minit ke-51 perlawanan.
Dalam pada itu, hasrat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk menamatkan kemarau jaringan sejak tiga bulan tidak kesampaian apabila rembatannya tujuh minit berselang sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kedah.
Kedah yang terdesak untuk memburu gol penyamaan terpaksa mengeluarkan Vedran Gerc dan digantikan dengan Mohamad Faizal Abu Bakar pada minit ke-60 perlawanan setelah pemain import dari Croatia itu gagal memberi sumbangan berkesan untuk pasukannya.
Percaturan Penolong Jurulatihnya, Radhi Mat Din memasukkan Mohamad Faizal dan Mohd Fiqry Md Isa dilihat kembali menyalakan harapan skuad Hijau Kuning untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan malam tadi.
Malah mereka berjaya mendominasi hampir keseluruhan aksi pada babak kedua tatkala anak buah Bojan Hodak sendiri terus tenggelam dan seakan tidak bermaya untuk menambahkan jaringan.
Tempoh 20 minit terakhir jelas milik Sang Kenari namun hanya nasib sahaja tidak menyebelahi mereka. Bermula tandukan Mohamad Faizal pada minit ke-77 dan disusuli sepakan lambung Abdelfatah Safi dari tepi padang sembilan minit kemudian namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan.
Malah Kedah tidak mudah menyerah kalah apabila terus mengasak menerusi sepakan percuma Baddrol dari jarak 30 meter tetapi diselamatkan Mohd Shahrizan sementara hantaran lambung Mohd Sabre Mat Abu dalam masa kecederaan gagal yang disambar Mohd Khryl Muhymeen mengesahkan kemenangan Kelantan dalam perlawa nan malam tadi.
Laporan Sinar Harian
August 26, 2012 - 3:44 pm
Alhamdulillah….dapat 3 mata berharga.
Bila menang, kita bersyukur. Bila kalah kita redha….
Jangan mudah hilang pertimbangan, macam orang tak ada agama.
Usaha, doa, tawakkal.