Format Piala Malaysia 2011

TIADA format baru dalam saingan Piala Malaysia musim ini, demikian kata pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mat Amin.

Beliau berasakan format yang digunapakai ketika ini adalah yang terbaik membabitkan 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September dan berakhir 27 pada bulan yang sama.

Manakala, peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada 4 dan 8 Oktober disusuli separuh akhir pada 14-22 Oktober dan acara kemuncak pada 29 Oktober.

“Saingan kali ini agak sengit kerana banyak pasukan mengambil pemain pinjaman daripada pasukan yang tidak layak bertanding sebagai persiapan awal,” jelasnya yang berpendapat Kelantan dan Terengganu sebagai pencabar utama.

Proses pengundian akan dijalankan di mana Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah diletakkan di dalam balang A.

Perak, Johor FC, Negeri Sembilan dan T-Team di asingkan di dalam balang B diikuti juara Liga Perdana, PKNS FC, Sabah, Felda dan Kuala Lumpur.

Balang C akan melibatkan pasukan Sarawak, PDRM, Johor dan Sime Darby yang layak secara play-off selepas menewaskan Pahang.

Arena.MY

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>