Penyokong desak K Devan letak jawatan jurulatih Selangor
PENYOKONG tegar The Red Giants, Ultras Selangor menjelaskan taktikal lapuk diamalkan K Devan antara faktor mereka mendesak jurulatih itu meletak jawatan.
Malah, mereka mendakwa Devan seakan tidak mempercayai barisan pemain simpanan, lalu sering menggunakan kesebelasan sama sepanjang musim ini.
Sumber Ultras Selangor berkata, sudah tiba masanya Devan direhatkan kerana misi memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 tampak sukar selepas diaibkan pasukan berstatus kelab, T-Team, 2-1 di Shah Alam, Sabtu lalu.
“Kami penyokong Selangor sudah muak dengan corak permainan dikendalikan Devan kerana taktikal diterapkan dia selama ini mudah dibaca pasukan lain.
“Cuba lihat ketika aksi persahabatan, Devan boleh pula menurunkan pemain simpanan, namun tidak dalam kempen Piala Malaysia. Adakah dia tidak mempercayai barisan kedua untuk diberi peranan mengemudi pasukan Merah Kuning?
“Farderin Kadir dan Hamsani Ahmad antara bekas pemain Selangor yang kini cemerlang bersama pasukan baru dalam kempen Piala Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.
Ultras Selangor melakukan tanda protes pada kain rentang tertulis ‘Devan sila letak jawatan’ sejurus tamat perlawanan berikutan kekalahan tidak terduga pasukan kesayangan mereka walaupun mendahului 1-0 hasil jaringan Amri Yahyah pada awal babak pertama.
Selangor kini tiada pilihan kecuali wajib mencatat kemenangan ke atas Polis, Sabtu ini sambil mengharapkan T-Team menewaskan Kuala Lumpur bagi menghidupkan peluang memburu slot ke pusingan seterusnya.
Related posts
- Kelantan padamkan kehebatan Selangor
- Selangor buru slot Piala AFC 2013
- Safee Sali sah ke Indonesia
- Video: N.Sembilan vs Selangor LS 2011
- Peluang Terengganu rampas takhta
- Video: Selangor 7-1 Perlis
- Kemuka bukti kepada FAM, bukan mendakwa di akhbar
- Aksi sengit Selangor, Kelantan
- Video: Selangor 2-1 Pahang
- Video Perak 2-0 Selangor [Liga Super 2012]
Main topics: Piala Malaysia
Sub topics: K Devan, Letak Jawatan, Piala Malaysia, Piala Malaysia 2011, Selangor
doakan selangor…insyallah masih ada harapan
gomo kelate gomo
TRW the best…huhuhu
terbaek selangorrr