Bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda

Final Piala Malaysia 2012

  • Final Piala Malaysia 2012

MAHKAMAH Majistret Shah Alam hari ini mendenda dua penyokong pasukan bola sepak Kelantan masing-masing RM100 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana bermain bunga api “hand flare” semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Shah Alam di sini 20 Oktober lepas.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menjatuhi hukuman denda di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 itu terhadap pembantu restoran, Nurazaha Muhammad Nur, 39, dari Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya dan Ahmad Shahir Daud, 19, dari Kampung Pantai Sabak, Kota Bharu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mengikut Seksyen 3 (5) Akta itu, jika sabit kesalahan, seseorang boleh didenda maksimum RM100 atau penjara maksimum sebulan atau kedua-duanya.

Nurazaha dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 11.45 malam di Kuadron D stadium itu, manakala Ahmad Shahir didakwa melakukan kesalahan itu di Kuadron C stadium yang sama, pada pukul 11.35 malam.

Mohamed Ruhizat berkata, perbuatan kedua-dua tertuduh itu boleh membahayakan penonton perlawanan itu terutama mata para penyokong yang duduk berhampiran mereka dan berharap mereka tidak mengulangi kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Mohd Nor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Related Posts

15 Responses to Bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda

  1. baru kali ni aku sokong pihak berkuasa 100%. patutnya dari dulu KAFA tak payah membazirkan duit.

  2. Sebab 2 ekor ni lah kito penyokong TRW masih dianggap tiada disiplin seterusya tak menang Anugerah Penyokong Terbaik 2012.

  3. Aku sokong kalau denda yang berat untuk pesalah2 yg macam ni. Kalau persatuan yang kena denda, sampai kiamat pun perkara2 macam ni akan terus berlaku.

  4. Inilah padahnya kalau terlalu taksub. Sikit2 bakar mercun.

  5. Dua org ni buat malu TRW je..ada lg perangai bakar mercun…sepatut lebih ketat kawal penonton yg suwey mcm ni..ini tidak kerana nila setitik rosak susu sebelanga…kerana 2ekor ni rosak nama fan TRW..denda byk skit pun takpo..kito sokong..

  6. rule sebegini tidak menekan persatuan. bukan refer kpd kelantan shj, tapi juga kepada team2 lain..spt sarawak
    tempohari.

    p/s: mumun ni tukang provoke ke?

    • Berapo kali doh ore oyak jnge bowok bedi masuk stadium…jange bbedil dalam stadium…TOK RETI …Baso bbodo tak reti baso….molek amik bedil tu bubuh dale mulut dio pastu cucuh api….Pade MUKOOOO….(NASIB BAIK DAPAT IGAK..KALU DOK..KAFA JUGOK HOK KENO DENDONYO..TP BUKE rm.100 LAAA….TP MGKINrM ;100 RIBUUUU….

      • Aku suggest kalu jumpa budak2 tok retibase tu, pakat2 igat pahtu ikat kemahkemin kat kerusi. Biar mokcik cleaner jumpo pagi esok dan buat lapure. Ni termasuklah hok dok main laser tu. Punohjane nama TRW. Baso bodo tok reti ajar.

  7. Bukan ke Flare tu bukan bunga api…. kat British sana pun penyokong pakai benda ni….

  8. Takkan benda kecik pun kecoh.. hok bakar bendera kelate .. DAH Denda pembakar bendera tu….N9

    Pembaling batu dah dapat hukuman atau belum…Sel
    Tak siasat sama ko.. takkan ore kelate semua nak siasat.. Please siasat juga…

    Biarlah adil baru FAM.. bukan Fake & Mute

  9. anti penyokong bodoh

    denda rm100 xpadan berbanding kesan dan persepsi negatif yg diterima oleh KAFA dan penyokong Kelantan. sepatutnya org spesies ni kena haramkan terus dr masuk mana2 stadium di malaysis utk selama-lamanya. jika didapati masuk, denda rm1000 setiap kesalahan. baru perit dan jd teladan pd set2 pengkhianat ni

  10. 2 org tu bkn bakar mercun tapi “hand flare”, sama mcm set2 ultraz buat tu….tp xde plak dgr set2 ultraz kena denda pasal benda ni..hope no double standard

  11. sek penuh stadium

    tolong la sek2 kito..jange la bakar ngercun(mercun)& flare lg kt tempat ore ramai spt dlm stadium. Cubo mikir la skit ko hok ore bowok kluarga..kalu keno ko anok bini demo sero guano? Hok isap rokok pun supo tulo jugok. Hormat la ko org lain etek,baru ore hormat ko demo..

  12. flare tu bunga api ke?misal kata bawak bunga api,bahaya ke?kalau mercun aku percayala tp aku rase smua ultras guna flare,takkan peminat kelantan je kena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>