p5rn7vb

Final: Perlawanan terakhir Bojan bersama Kelantan

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengesahkan aksi final Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang 3 November ini adalah perlawanan terakhirnya bersama skuad The Red Warriors.

Perkara itu disahkan Bojan dalam sidang media khas menjelang Final Piala Malaysia 2013, petang tadi.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seakan sudah memberi bayangan pengendali Kelantan paling berjaya itu bakal meninggalkan Red Warriors apabila tidak mampu memenuhi tuntutan gaji sebanyak RM800 ribu setahun yang dituntut Hodak untuk musim depan.

Kekosongan bakal ditinggalkan Bojan itu dilaporkan bakal diisi bekas jurulatih Perak, Steve Darby.

“KAFA tidak mampu memenuhi kehendak Bojan yang meminta gaji sebanyak RM800,000 semusim, semestinya kemampuan kantung pasukan menjadi keutamaan TRW sebelum membuat keputusan.

“KAFA sudah membuat tawaran termasuk kenaikan gaji kepada Bojan, namun, beliau membisu dan terus berharap agar permintaan itu ditunaikan pengurusan,” menurut sumber KAFA sebelum ini.

Bojan Hodak secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan bagi menggantikan Peter Butler pada awal Mac 2012.

Sentuhan Hodak menyaksikan Kelantan meraih kejuaraan trebel 2012 dengan menjuarai gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Empat lalu, pasukan bimbingan Hodak berjaya mempertahankan Piala FA selepas menewaskan Johor JDT 1-0 di perlawanan akhir.

Menyentuh aksi final Kelantan menentang Pahang di Stadium Shah Alam Ahad ini, Hodak yakin pengalaman luas dalam perlawanan akhir sejak beberapa tahun lepas bakal memberi sedikit kelebihan buat anak buahnya ketika berdepan Pahang nanti.

Hodak berkata, walaupun sedih dengan ketiadaan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri kerana digantung akibat dua kad kuning namun beliau boleh bergantung kepada pemain lain untuk membendung jentera serangan pasukan Pahang.

Kapten skuad ‘The Red Warriors’ itu, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dikenali sebagai ‘Piya’ pula berkata, beliau tidak berasa tertekan walaupun pihak lawan menganggap beliau perlu diberi perhatian khusus.

5 Responses to Final: Perlawanan terakhir Bojan bersama Kelantan

  1. tanpa bojan tim budu tiada harapan untuk menang. Setakat 800k semusim apa la sangat kalau nak bandingkan kemampuan utk julang banyak piala.

    • Bodoh punya ibracadabra
      Kau buka kedai Jual bra saja la

    • mat tempe mabuk piala

      tim tempe lagi sampah…duit dah byk habis. player tempe dah class kebangsaan tapi main mcm mabuk tempe jugak. setakat player macm tim tempe kena cecah ngan budu je… piala FA kena rebus cecah budu, paiala malaysia kena lenyek cecah budu…fuh sedap kena ngan nasik panas plak….suka budu loya makn tempe…gomo budu gomo

  2. betul, betul… amik iktibar dari ada satu team dari selatan tanah air. Belanja besar habis-habisan. tahun ni dah dapat 3 piala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>