Malaysia diundi satu kumpulan dengan Jepun
TEKA-teki akhirnya terjawab. Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun di Pusingan Ketiga, Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia.
Ujian getir pertama anak buah Ong Kim Swee ialah apabila dijadualkan bertemu gergasi Asia iaitu Jepun pada 21 September nanti.
Meskipun dilihat sebuah pasukan kerdil, Kim Swee tetap yakin dan optimis dengan peluang skuad kebangsaan untuk mara ke Olimpik serta mengharapkan anak buahnya dapat mengekalkan prestasi semasa seperti pusingan pertama.
“Saya lihat tiada masalah walaupun diundi bersama Jepun ataupun dalam mana-mana kumpulan. Berdasarkan prestasi dan aksi pemain ketika ini, peluang untuk kita mara dan melangkah ke Olimpik tetap masih ada.
“Saya positif dan optimis para pemain dapat menghadapi saingan peringkat kumpulan ini,” ujar Kim Swee selepas selesai pengundian.
Mengikut format yang telah ditetapkan oleh AFC, setiap pasukan di dalam kumpulan akan bermain mengikut format liga dengan setiap pasukan akan menentang lawan di gelanggang sendiri dan lawan ( 21 September 2011-14 Mac 2012).
Juara peringkat kumpulan akan mara secara automatik manakala naib juara setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan play off dengan juara play off akan menentang wakil negara Afrika untuk slot terakhir ke Sukan Olimpik 2012.
Kedudukan Kumpulan Zon Asia
KUMPULAN A
- Korea Selatan
- Arab Saudi
- Oman
- Qatar
KUMPULAN B
- Australia
- UAE
- Uzbekistan
- Iraq
KUMPULAN C
- Jepun
- Syria
- Bahrain
- MALAYSIA
Related posts
- Rajagobal: Malaysia bukan pasukan pilihan
- Video Thailand 2-0 Malaysia [Friendly] 7 November 2012
- Malaysia bawa bekalan tipis ke Pakistan
- Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011
- Giliran Manchester City uji Malaysia
- Jadual, Keputusan, Carta Kelayakan Piala AFC 2013 B-22
- Video Harimau Muda 4-1 Central Coast Mariners FC
- Harimau Muda vs Samurai Biru
- Malaysia menang 4-0 ke atas Maldives
- Sultan Ahmad Shah terima Anugerah Berlian Asia
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Kelayakan Sukan Olimpik 2012, Malaysia, Sukan Olimpik 2012
Pasukan Malaysia kena tengok semula video masa sukan asia2010 d mana malaysia bertemu skuad olimpik jepan.,dalam perlawanan itu malaysia tewas tipis kepada jepan..malaysia mencipta peluang keemasan untuk menjaringkan gol,namun izzaq gagal menanduk kemas d hadapan pintu gol..amat mendukacita.namun itu cerita lama,sekarang malaysia bakal bertemu semula dgn juara sukan asian itu.,sudah tentu kali ini skuad malaysia sudah jauh beza klau d bandingkan dgn skuad pada masa itu.,ok inilah masanya untuk membuktikan
MALAYSIA BOLEH!!!