Tanggungjawab kapten suntik semangat Baddrol
- Sukan SEA 2011: Malaysia vs Indonesia
- 17 November, LIVE TV1 | Astro Arena
KEYAKINAN kapten skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar melonjak selepas mengutip tiga gol peribadi sepanjang saingan Sukan SEA 2011 di Indonesia.
Tanggungjawab yang diletak ke atas bahunya bukan alasan untuk Baddrol mengalami tekanan, sebaliknya ia menyuntik semangat penyerang berasal dari Kedah itu beraksi dengan lebih gigih lagi.
Kemenangan semasa menentang Kemboja masih belum cukup untuk memastikan Malaysia ke separuh akhir, justeru Baddrol menyeru rakan sepasukan untuk memberi fokus dan komitmen tinggi apabila menentang Indonesia Khamis nanti.
“Kami perlu beri tumpuan menentang Indonesia, ia penting,” seru Baddrol kepada rakan sepasukan.
Kemenangan besar 4-1 Malaysia ke atas Kemboja bukan ukuran sebenar keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee sebaliknya beberapa kesilapan pada separuh masa kedua perlu dielak daripada diulangi jika mahu mempertahankan pingat emas dua tahun lalu.
Meskipun penguasaan memihak kepada negara, kealpaan dan sikap sambil lewa nyata meresahkan Kim Swee yang berharap ia tidak berulang.
“Empat gol itu adalah petanda positif namun kami perlu lebih fokus sepanjang permainan,” ujar Kim Swee.
Disamping itu, Kim turut mengingatkan anak buahnya supaya tenang dan tidak terperangkap dengan perang psikologi penyokong lawan menjelang aksi bertemu tuan rumah Indonesia nanti.
Semasa pertemuan menentang Kemboja lalu, pemain Kuala Lumpur Yong Kuong Yong yang bergandingan bersama Baddrol nyata menyerlah sepanjang perlawanan tersebut.
November 15, 2011 - 11:25 pm
yong kuong yong terbaik bergandingan dengan baddrol.,satu kombinasi yang menarik untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan. MALAYSIA 2 V 0 INDONESIA
November 16, 2011 - 10:52 am
yong kuong yong perlu lebih berani. kalu main mcm ms lwn kemboja, takut2 nk bw bola msuk kotak penalti, jgn hrpla nk menyinar lwn indon nnti. sbg winger dia kna berani bw bola dari tepi, n cross. jgn bw 2,3 step da cross. baik xyah jd winger