Rajagobal saran Ben Williams jalani rawatan perubatan

“Saya tidak pernah lihat pengadil seperti Ben Williams di dunia”

JURULATIH bola sepak kebangsaan, K Rajagobal menyuruh pengadil Australia, Ben Williams mendapat bantuan rawatan perubatan selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara di Sukan Asia, malam tadi.

Malaysia tewas 3-0 kepada China dengan hanya lapan pemain di padang sahaja selepas Mahuli Jasuli dan kapten pasukan, Safiq Rahmin dibuang pada minit ke-25 diikuti pemain, S Kunanlan pada saat-saat terburuk.

“Saya tidak pernah melihat pengadil sebegitu di dunia sebelum ini. Saya fikir, sesuatu tidak kena padanya dan dia perlu melakukan pemeriksaan kesihatan,” ujar Rajagobal.

Safiq nyata terkejut dengan kad merah oleh Williams itu selepas kapten pasukan itu melakukan bantahan pembuangan padang Jasuli.

“Sebagai kapten saya perlu mengetahui, mengapa rakan pasukan saya dibuang padang namun dia melayangkan kad merah pada saya. Kemudian saya berlalu pergi dan dia sekali lagi melayangkan kad merah. Itu amat tidak wajar sekali,” kata kapten pasukan itu.

- Utusan Malaysia

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>