Ranking bukan ukuran sebenar prestasi Malaysia

KEDUDUKAN skuad bola sepak negara di tangga 156 dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bukanlah satu pencapaian yang terlalu buruk, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad (gambar).

Malahan, ujar Azzuddin lagi, kedudukan skuad Harimau Malaya semasa beliau mula memegang jawatan di FAM pada tahun 2007 dilihat lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan situasi pada masa kini.

”Bagi saya kedudukan ranking skuad negara tidaklah terlalu ketara jika hendak dibandingkan ketika saya mula-mula datang pada 2007.

”Tidak salah ranking skuad kebangsaan berada di bawah tangga ke-170 pada waktu itu berbanding kedudukan sekarang.

”Namun, bagi saya itu bukan satu pengukur prestasi kebangsaan tetapi apa yang penting ialah sejauh mana kita dapat mengatur perlawanan-perlawanan berkualiti tinggi dan kita cuba usahakan perlawanan-perlawanan persahabatan berkelas A di bawah kalendar masa yang ditetapkan FIFA, ” katanya pada sidang media majlis Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dan undian pertandingan belia Piala Belia 2012 Bawah 19 Tahun Kebangsaan.

Kedudukan paling rendah yang pernah dicapai oleh skuad Malaysia adalah pada April 2008 iaitu berada di tempat 170.

Ranking Harimau Malaya tidak pernah mencapai sebarang peningkatan semenjak Januari tahun ini apabila tergelincir dari tempat ke-148 ke 156 sepanjang empat bulan ini.

Perlawanan persahabatan berkelas A yang terakhir dilalui skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu adalah pada 29 Februari lalu yang menyaksikan Malaysia sekadar seri 1-1 dengan Filipina.

Bagi menjelaskan kerumitan, Azzuddin berkata, perkiraan mata dalam ranking FIFA terlalu teknikal dan sukar untuk diperjelaskan.

”Dua tahun lalu, saya ada menjemput wakil dari FIFA untuk memberi taklimat mengenai perkara ini dan kemungkinan kami akan menganjurkan program yang sama pada tahun ini.

”Ia bertujuan memberi pemahaman kepada semua anggota FAM dan pihak media mengenai cara perkiraan mata dilakukan,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan bola sepak negara, Datuk Subahan Kamal meluahkan rasa ingin tahu bagaimana negara yang sebelum ini di bawah Malaysia, boleh begitu mendadak memintas skuad negara biarpun tanpa melalui sebarang perlawanan persahabatan A antarabangsa atau kejohanan yang diiktiraf badan induk dunia itu.

“Saya dan jurulatih Datuk K. Rajagobal terkejut dengan ranking terkini ke-156 dunia yang bukan pengukur atau gambaran sebenar kekuatan pasukan Malaysia. Saya kurang arif dengan kriteria penetapan ranking FIFA itu kerana ketika kita menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, ranking kita pun tidak naik begitu tinggi.

“Jika diizin dalam mesyuarat Exco, saya berharap FAM dapat mengetengahkan persoalan ini kepada FIFA,” katanya, mengulas kejatuhan empat anak tangga ranking dunia Harimau Malaya iaitu yang terburuk sejak Januari lalu. - Utusan

Related Posts

39 Responses to Ranking bukan ukuran sebenar prestasi Malaysia

  1. bodohnya ulasan SU FAM…. org tak kira la yg zaman dulu..masa saya SPM dulu gred 1 10 orang now semua gred satu sebab tu ada dikira berapa A dah. Ni sure jawapan sebab nak tutup kritik Timb Presiden FAM yg di gantung. Selagi SU FAM Ada selagi tu Bolasepak FAM tak maju. sebba idea dia takut tu aja. Kea ada perubahan la

  2. tidak setia tidak berusaha

    jom pakat2 gelakkan FAM..dgn knyataan bodoh yg lagi tolol dr wakil yg sah dlm FAM…
    cool bro dato x kn kne gantung punye..ulas la mcm mna skali pun..hehehehehihihihihihikhikhikk…

  3. jawapan gitu ek… maksudnya dari dulu sampai sekarang… team Malaysia ni X dok perubahan… X meningkat pun… tu lah semua orang hok nk buat perubahan FAM gantung… tinggal pok turut je… pitih abih juta2, tapi bola Malaysia dok setara tu je

  4. Huhuhu pandangan org yg tak nak buat kerja. Kalau dah tak nak seribu dalihnya. Kalau nak jatuhkan org seribu daya dikerahkannya. Manusia2.

  5. bengong FAM

  6. betul tuh bukan ukuran sebenar prestasi pasukan kita. FIFA saja-saja keluarkan ranking. Hakikatnya pasukan kita setaraf dengan Brazil dan Jerman..

    • betul2… judin kata ranking fifa bukan ukuraN sebenar prestasi malaysia… ukuran sebenarnya adalah hok judin keluarkan,,, hok dio ukur pakai pembaris + ukur pakai kepala lutut..

  7. ye la…sehebatmana pemain kita pun team indon saja yang nak dan kelab divsion 3 jepun tu pun untuk sessi ujian. kalau SU FAM diganti dgn yg lain sure ranking malaysia akan melonjak. Bagila peluang orang muda meanggotai FAM jadi SU FAM

  8. Tak nak komen la..nanti kena GANTUNG.. takooott…

  9. jawapan selamat dari s/u fam.apa kata semua pegawai sukan kita mencontohi s/u fam.jawatan selamat elaun pun masuk.

  10. Jawaban Bodoh

  11. bila naik ranking .. ye betul fifa .. bila korok , ranking tipu .. blah la su fam . Otak askar wataniah lagi baik

  12. mmg la si judin tu xkisah. sbb jwtn ttp dipegang dan elaun dia ttp dpt. presiden fam, menteri xkomplen apapun. setakat rakyat je komplen merapu sana sini, apa dia nk kisah..

  13. aZZUDIN,
    Jgn Ingat rakyat bodoh, boleh terima alasan merapu mu tU..!!

  14. Judin ni tua ganyut barua FAM. Esok lusa nak mampus, masih lagi x ingat dn x sedor diri.

  15. Ok la tu,,semua negara dalam anggota FIFA 205 buah…tinggal 49 buah negara yg lebih lemah berbanding Malaysia(berdasarkan ranking).Bila naik ranking bangga pulak,,bukan dikira KPI ke tu..FAM pujuk negara Eropah buat Friendly..seri pon kira ok utk naik ranking,,he2..Jepun dijemput main Copa Amerika yg lalu,,bukan disebabkan ranking ke?Setakat Juara AFF leh tinggi ranking ke,,Asia Tenggara je..mcm lawan antara kampung je standardnya kat England,,

  16. .....justice for all

    salam,
    tertarik la dgn jawapan s/u FAM ni.. dua tahun lepas dia ada menjemput wakil FIFA utk explain criteria ranking FIFA ni tp jawapan dia bg skang ni’perkiraan mata dalamranking FIFA terlalu teknikal dan sukar diperjelaskan’.. apa maksud s/u ni???
    adakah selepas wakil tu dtg bg penerangan sistem pengiraan ni 2tahun lepas, skang s/u tu xfaham lg atau da lupa…??? klu xfaham, maka sia2 la wakil FIFA tu dtg..
    setahu kawe, ranking FIFA ni ambk kira utk tempoh 4tahun semasa.. maksudnya klu ranking April 2012, mata dikira dari april 2008 — mac 2012… klu ranking Jan 2012, tempoh pengiraan adalah dari jan 2008 — dec 2011.. begitu la seterusnya…
    mata utk team ni jelas, 3mata menang, 2mata menang penalti, 1mata seri, 1mata kalah penalti, 0mata kalah..
    lepas tu, mata tu kali ngn status game, ranking lawan & pasukan benua mana yg dia lawan..
    pengiraan mata ni dibahagi kpd 12bulan semasa x 100%, 12 - 24 bulan lepas x 50%, 24 - 36 bulan lepas x 30% dan 36 - 48 bulan lepas x 20%…
    utk game lwn Philipina nanti, pengiraan seperti berikut :
    klu Malaysia menang, 3 mata
    status game, friendly, x 1
    ranking Philipina, 146, x 0.52
    (200 - 146) = 0.52
    ———-
    100
    kekuatan benua, x 0.86
    jadi, klu Malaysia menang, kita akn dpt :
    3mata x 1 x 0.52 x 0.86 = 1.34
    tambah ngn mata sedia ada 148 + 1.34 = 149.34
    so tgk la masa tu point Malaysia kat mana utk penentuan ranking FIFA..
    klu nk point lebih, Malaysia kena la lwn team top100..
    kawe rasa Datuk Rajagobal da cuba bnyk player aritu, lepas ni lwn international game dia akn guna player yg dia da tau main mcmana utk naikkan ranking Malaysia.. sbb hny Datuk Rajagobal saja yg kenal ngn pemain2 dia…
    Datuk s/u, ada faham ka??
    FIFA da kaji bnyk sudut, ramai pakar yg involve dlm ni tp s/u kita ckp ‘itu bukan pengukur prestasi sebenar skuad kebagsaan’… seperti kata TSAM, s/u kita ni jgn la menafikan fakta semata2 utk bercakap manis supaya penyokong tak bimbang tp hakikatnya, semua org tau prestasi terkini…
    buatla sesuatu wahai s/u..
    kami penyokong bola Malaysia nk tgk usaha s/u mengatur perlawanan berkualityi tinggi dan perlawanan persahabatan berkelas A… apa maksud kelas A tu? slalunya FIFA akn rujuk pada friendly game berstatus A jika dua2 team tu dlm top100.. cakap mesti mau jelas & betul.. jnge koya..
    sekian, wsallam….

  17. Daripada statement yg diberikan Judin, kita semua tahu bahawa beliau adala seorang yang teramat bebal tapi terlalu bijak dalam mengampu dan mengangguk saja. X mati cepat plak org2 MUNAFIK ni ye. X pe, ingat ye. Kalau umur dah senja tapi masih lagi x ingat hari kekal, hang tunggulah ye. Kalau malaikat datang nak cabut nama hang, hang bagi rasuahlah sebab hang kan banyak duit. Dapat duit pun dengan cara menjatuhkan orang, tu dipanggil duit HARAM.

  18. lawak sungguh la mat judin ni mengalahkan Mr bean.bila aku tengok muka dia je aku dah x tahan nak gelak.rasa macam nak pecah perut..lakonan dan lawak dia memang kelas A laa…terrbaeeekk….

  19. Ulasan kurang cerdik drp su FAM, ranking Nepal, Bangladesh, Palestin, Filipina lebih baik drp Malaysia sebab pasukan berkenaan main dlm kelayakan atau Piala Cabaran AFC 2012. Bila menang atau seri dapatlah point. Masa tu kat mana pasukan Malaysia?

  20. biarlah si judin dengan labunya tu. tak pernah aku jumpa ulasan sebegitu bangang. hidu gam ke apa si judin ni. kalau ranking dikeluarkan fifa enko kata bukan pengukur sebenar, jadi ranking mana yang boleh jadi batu pengukur nye. tak kan ranking yang dikeuarkan pejabat pendidikan daerah. bangang punya judin.

    • judin hampir nak insaf

      maaf semua, sayalah judin.
      saya ingat negara-negara eropah aje yang kena ambil kira ranking dari fifa. kita yang kat malaysia ni kena ambil kira ranking yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan yang ada di malaysia la macam ranking yang dikeluarkan oleh pejabat pos malaysia ke, PIBG sekolah anak saya ke, ataupun bank simpanan nasional. bank ni ok wooo semua elaun saya mengampu fam masuk situ. elaun terbaru bakal masuk nanti.

  21. x dok org nk lawe friendly nga mlysia.sapo gak nk lawe.bt letih ko gu lawe jah.supo kelab daerah nk ajk team kelate main friendly.x ker kelate nk main.malu braso bunyi jah kbgsaan,lawe srwak pn blh seri.aku nk tnya skit blh ko din?kalu mu royak mu x panik ranking mlysia jatuh,pah bilo huk mu nk jd panik?mu nk tnggu jtuh ko tngga 300 dlu ko?mu x dok alasan ko nk bui ko rkyat mlysia?

    • betul…ho nak lawe tu team yg jauh dibawah……yang tas tak minat…FAM pun suka yg team tak pandai mcm Sri Langka sebab bila memang Gopal hepi la…..

  22. Kalau ikut ranking kenapa pemain import yg main liga bawah tak boleh main kat malaysia….kalau cam tu ambilah yang liga bawah pun kannn…..rangking kan tak der ape2

  23. Bodohla..selalu kata ranking bukan pengukur, universiti pun sama, bola pun sama…tak pernah salahkan diri sendiri….

  24. Mat Said mane muuuu???? tolong ckp ke jdin skit…………..

  25. En.judin!!!!klau kau ckp ranking x penting,aku rase baik kau hntr segera surat kat fifa mnta mansuh ranking.kau ckplh kat fifa mcm kau bgtau pd sluruh peminat mlysia yg ranking tu x penting.lps tu kita sama2 tgk apa respon fifa.buat apa fifa wujudkan ranking klau bkn utk menentukan kedudukan pasukan yg kuat n lemah dlm dunia ni.klau mcm tu bila anak kau periksa dpt no 50 dlm kelas kau ckplh kat anak kau tu nmbor x penting dlm periksa.hbs tu smpai bila2 pun anak kau x akn brjaya.

  26. Betul la tu, ranking bukan ukuran, amik contoh lindan tak perlu nak ranking world no1 tp chong wei kalah je lwn lin dan , mcm tu jugak bola sepak, malaysia xperlu ranking, org bongok je yg menilai kekuatan dr renking

  27. nasib baik kau judin fifa tu bkn mcm kau.klaulh aku di pihak fifa,aku gntung kau seumur hidup krane memperlekehkn fifa.

  28. Tengku abdullah timbalan pres FAM kata ranking penting. So, berani kau kata dia bongok?

  29. Judin muka kartoon

    Kedudukan semua pasukan dalam liga tak penting sebab aku dah jual kat Sinapore. Sponsors rokok dah la tak ada, korang tak nak pergi stadium. Kasi singaporean heppi, aku dgn lanun dapat wang. FAM dah tak ada wang lagi, macamana aku dgn lanun mau jolly.

  30. Judin muka kartoon

    Akmal rizal pun teragak2 mau score lawan lions XII, pengadil kita dah di bayar gaji oleh tokey judi, aku pun naik gaji lagi.. lu apa mau???

    Pemain pun heppi, pengadil heppi, penyokong bodoh lawan kutuk dekat sini.. BONGOK.

  31. setuju tok jnggut(man bakso) judin n man laksa yg bongok sbb x nk ikut ranking.klau fifa x buat ranking maknanya semua pasukan dlm dunia ni sama je.spain n mlysia pn sama aje klau mcm tu.kepala otak kecik pnya org.kau trlebih mkn lipas ke man?huhu……!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>