Penyokong Kelantan serah duit ‘skeleng’ langsai kos mesyuarat JK Tatatertib FAM RM2,124


Duit derma RM2,124 bayar kos mesyuarat J/K Tatatertib FAM

PEMINAT dan pencinta bola sepak Kelantan mengambil inisiatif mengutip derma bagi melangsaikan kos Jawatankuasa Tatatertib FAM 4 April lalu yang menggantung Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan selama dua tahun setengah.

Selain hukuman penggantungan itu, Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut mengarahkan Annuar Musa agar menanggung kos perbelanjaan mesyuarat yang didakwa berjumlah RM2,124.

KUALA LUMPUR - Bukan mahu menyindir sesiapa tetapi ia merupakan simbolik terhadap nasib Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Itu kata Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan Badri Wan Omar ekoran tindakan penyokong Kelantan yang mengumpul RM2,124 bagi membayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 4 April lalu.

“Pemberian wang ini bukan mahu sindir sesiapa tetapi sebagai tanda sokongan kepada Annuar daripada kelab penyokong Kelantan.

“Penyokong berasa terpanggil untuk membantu beliau setelah melihat apa yang berlaku, ini adalah inisiatif daripada semua peminat bola sepak Kelantan, ” katanya.

Wan Badri ditemui selepas menyerahkan RM2,124 di Pejabat Kewangan FAM sambil ditemani beberapa ahli jawatankuasa kelab penyokong Kelate.net, di Wisma FAM Kelana Jaya.

Daripada jumlah itu, RM261 adalah syiling manakala selebihnya adalah wang kertas.

Sejumlah besar syiling yang asalnya berjumlah RM900 telah ditukar di lapangan terbang kerana masalah untuk dibawa menaiki penerbangan.


Resit rasmi FAM mengesahkan penerimaan RM2,124 bayaran kos mesyuarat J/K Tatatertib FAM


Duit Skeleng bagi membayar kos mesyuarat J/K Tatatertib FAM berjumlah RM2,124

Related Posts

32 Responses to Penyokong Kelantan serah duit ‘skeleng’ langsai kos mesyuarat JK Tatatertib FAM RM2,124

  1. Judin: satu untuk kau, satu untuk aku,Dua untuk kau, Dua untuk aku…Seratus untuk kau, seratus untuk aku…sepuluh ribu untuk kau, seratus ribu untuk aku…se….
    Midin: Uiks, napa ko punye tinggi, aku punye rendah..Ini tidak adil…
    Sultan Bola: Weiii bila nak abiss daaaa. Suda 3 hari kita kira x abis2 lagi..
    $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

  2. Syabas supporter kelantan… saya suka idea kutip syiling ni tuk bayar denda Datuk Presiden KAFA. Yg saya tak siok nya, belum ada jawapan dr FAM… salam dari tanak kampung..

  3. bengong la lu orang… duit tu bagi kat rakyat miskin KELANTAN lagi bagus.. yg pegi tolong orang kaya tu buat apa.

    • bengong palo bapok mu,fam tu lbh miskin drpd rakyat miskin di kelate sbb mereka x minta2 duit mcm fam.

    • Orang yg hina orang miskin itulah orang yg miskin, akhlaknya.

    • satu kenyataan yg amat bernas, itulah perangai kelantan, dah la sombong , bodoh plak tu, mengada2 nk tolong sinuar musa. stakat 4,5 ribu tu pejam mata lasi nuar tu nk bayar, korang plak hari2 makan budu, dgn ikan masin .. bodoh punya org

      • Anak dajal ni x habis2 nak kutuk kelantan. Org kelantan ni hati mulia. X macam ko berhati yahudi. Ko x nak derma, duk diam2 je lah mangkok tandas woiiii….

      • Ngehehe.. Marahnya man laksa.. Bagus.. Anak monyet dah menyalak.. Hehehe..

        Kau ngaku ke kau dengki ngan kelantan.. Apa saja asal kelantan mesti tak kena ngan selera kau kan?

        Kalau kau jantan.. Kau dedahkan kau negeri mana.. Aku bet mesti kau xde telurnya nak ngaku.. Kik kik kik..

    • Ko lah yg bengong. Ada mintak duit ko ke mangkuk? Bodoh x boleh diajar, cerdik x boleh ditumpang. Kalau pakat ramai sumpah ko, nescaya kena lah bala….

  4. Kepada Mulut Gatal dan yang lain-lain yang teringin nak bagi komen..Tak perlu beri apa-apa komen yang menyakitkan hati mengenai tindakan pihak KAFA dan orang-orang Kelantan.Ini adalah tanda protes mereka kepada FAM. Kalau tak nak derma, senyap-senyap aje la.. Silap-silap, semiskin-miskin orang Kelantan pun mereka mampu bagi duit tu kat FAM…Nak menunjukkan betapa SENGKEKNYA FAM….MEMALUKAN…

  5. sepatutnya duit tu x payah bubuh dlm plastik aiskrim….bagi je dlm plastik biar nampak selonggok….

  6. letok dale supek ngo’rak

  7. semua yang komen kat atas adalah org2 bodoh. Yg akan komen kat bawah ni adalah org2 bangang

  8. .....justice for all

    salam utk semua peminat bola,
    kawe rasa blog sokernet ni da disalah guna.. setiap kali ada berita & cerita, mcm2 komen ada.. ada yg sokong dan ada yg protest, tu adalah biasa kerana setiap org ada pendapat masing2 yg kita perlu hormati.. tp klu dok kutuk2 org yg komen ni dgn bahasa2 kesat & kasar adalah melampau.. sy suka tgk mcm2 pendapat kat sini sbb ni la salah satu channel utk kita bersuara wlupun mgkn xsmpi ke pihak berkaitan.. sama2 la kita fahami, ‘my game is fair play’.. luar & dlm padang…

  9. tk payoh baloh sama kito….apo yg kita buat adlh protes dan smangat pnyokonh TRW. kelantan tetap unggul.

  10. mmg x sir baloh pn.MULUT GATAL tu celupar skit mulut.kawe ni mulut x gatal,cuma tangan ngan kaki je rasa gatal.

  11. panas…panas…sensasi!!!!!! main macam monyet!!!
    .
    Kelantan abai amalan ‘fair play’
    TIDAK ada apa yang perlu dibanggakan Kelantan walaupun menewaskan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, Selasa lalu.

    Menurut penolong pengurus T-Team, Rashid Jusoh, kemenangan 2-1 itu diperoleh secara tidak jujur kerana pasukan pelawat mengabaikan amalan ‘fair play’ (permainan adil).
    Kata Rashid, konsep permainan adil diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) untuk memastikan semua pasukan tidak menyalahguna peluang yang ada semata-mata mahu meraih kemenangan.

    “Itu yang tidak dipraktikkan Kelantan selepas mereka dikejutkan dengan jaringan penyerang kami, Khairul Izwan Khalid di awal babak kedua.

    “Cuma kerana inginkan kemenangan, mereka sanggup meneruskan permainan dan tidak menendang bola keluar supaya permainan diberhentikan apabila pemain kami terbaring kesakitan di tengah padang,” katanya.

    Menurutnya, pasukannya mungkin dapat memaafkan Kelantan sekiranya cuma sekali saja pasukan lawan tidak menghiraukan amalan permainan adil.

    “Namun mereka melakukannya beberapa kali dan tentu mereka bangga dengan taktik kotor kerana gol penyamaan di minit ke-67 berpunca daripada tindakan bermain secara tidak adil.

    “Pemain kami, Marco Tulio tercedera dan tidak dapat bangun namun Shakir Shaari enggan memberhentikan permainan dengan menendang bola keluar malah pasukan lawan tetap meneruskan serangan tanpa mempedulikan permintaan pemain kami supaya bola ditolak keluar,” katanya.

    Penyerang Kelantan, S Chanturu kemudian melakukan tendangan jarak jauh dan bola terkena kaki pemain pertahanan, Shahril Faizal yang menerjah ke gol sendiri.

    “Saingan pusingan pertama Liga Super sudah berakhir dengan kami bermain 11 perlawanan, namun inilah kali pertama kami melihat pasukan yang sanggup mengabaikan amalan permainan adil demi mencari mata penuh.

    “Sebelum ini kami bertandang ke Kota Bahru untuk melawan Kelantan namun dalam perlawanan itu mereka tidak bermain begini dan kami hairan kenapa mereka sanggup melakukan perkara yang tidak baik dalam perlawanan di Kuala Terengganu,” katanya.

    Rashid dan pegawai T-Team juga menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pegawai pasukan Kelantan termasuk jurulatih, Bojan Hodak.

    “Namun apa yang dikatakan Hodak ialah beliau bukan pemain yang berada di atas padang dan tidak ada apa dapat dilakukannya.

    “Kami kesal kerana sepatutnya pemain Kelantan diberitahu supaya menghormati konsep permainan adil dan bermain secara beretika setiap masa,” katanya.

    .

    • pernainan adil tengkorak mak hang man laksa,kekekeke…

    • man laksa x copy habis

      nyata P.H.D man laksa makin menebal.. apa bangang sangat yang pi copy berita x habis.. ni aku tlg sambung berita tu:

      Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pasukannya peka dan tahu mengenai amalan permainan adil.

      “Semua pemain patut tahu yang permainan adil bermula dengan wisel pengadil dan pemain tidak perlu mengeluarkan bola setiap kali pemain lawan jatuh terbaring.

      “Ini kerana ramai pemain yang sanggup menipu di padang dan mereka tidak segan untuk berlakon sakit semata-mata untuk mengelak serangan pasukan lawan,” katanya.

      …………..
      Fair Play Game bermula di wisel pengadil la beb… pasal apa? sebab ramai pemain sebenarnya PURA-PURA cedera je beb.. kadang2 bukan serius pun, so kalau pengadil suruh teruskan x kan nak berenti.. ala pemain t-team pun sama je beb..

      sekali lagi man laksa memang kuat P.H.D dgn kelantan

    • hoiii man laksa … klau x nk injurde .. xyoh maen bla .. g maen golf nu baru x injurde …..ckap mcm tgk live ….

  12. idea yg bernas, syabas rakyat klate…hangpa ni mmg pndi tui bab2 sindir2 nih!!

  13. bagi saya, tindakan ‘mengutip derma’ dr kelab penyokong dan pencinta bola sepak pasukan kelantan ni merupakan satu usaha yg murni. ini menunjukkan bahawa rakyat kelantan (menyokong bola sepak) sangat kuat dan padu dibelakang pengurusan KAFA. tidak heranlah kelantan merupakan salah satu pasukan yg digeruni bukan shj dlm negara tapi rantau asean… pasukan2 lain jgn jelous. Saya sendiri bukan penyokong kelantan tetapi tindakan ‘mereka’ (kelab penyokong kelantan) mengundang rasa ‘seronok’ dgn tindakan spt ini.Sehingga sekarang belum ada jawapan dr yg berkenaan tentang kos perbicaraan TSAM. Salam dr tanak kampung…

  14. Asalnyer semua duit sekeleng. tapi nak naik kapal terbang ada masalah.so tukar gak kepada duit kertas. hehehe memang hebat…Orang miskin derma kepad orang laaagiii miskin… pranng kelantan memang miskin…tapi ada tanah dan rumah sendir…banglo lagi…biar miskin asal senang. bari kaya tapi hutang merempat….gomogomo..

  15. Apa pun Apek dah semakin wangi…gunalah Simply Siti

  16. minta maaf kepada semua…
    saya sudah insaf dengan perbuatan saya sebelum ni….
    sebenarnya saya dengki dengan kelantan
    kerana orang kelantan sangat hebat…..

  17. papa gomo keno gomo

    manusia meme gitu.. xleh tgk ore lain sene skit..

  18. sy minat ngan gewe2 klate jo.comey2..
    pasang byk awek klate.mcm laki bini la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>