Nora Danish nafi ada hubungan dengan Khairul Fahmi
Nora Danish simpati nasib Apek
PELAKON Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.
Nora juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.
“Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.
“Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia,” katanya.
Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.
Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.
“Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus,” ujarnya. — Kosmo
Kontroversi mematangkan Apek
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyifatkan kontroversi yang melanda penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek merupakan sebahagian daripada proses mematangkan pemain berkenaan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjaga gol No. 1 negara itu perlu diberikan peluang secukupnya untuk dia kembali ke kehidupan yang sebenar.
“Apek sedang melalui satu proses di mana beliau sedang menempuhi tempoh masa yang akan mematangkan diri beliau sendiri. Sebab itu kita kena bagi ruang secukup-cukupnya kepadanya untuk kembali ke landasan kehidupan sebenarnya.
“Kita kena akui dia menjadi popular dalam masa yang singkat dan segala tindak-tanduknya mendapat perhatian ramai termasuk orang-orang muda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melanda pengaja gol terbaik Asia itu.
Kosmo! semalam melaporkan seorang pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau ‘Leuniey’ tampil menafikan ada hubungan dengan Apek.
Malah, gadis berkulit putih itu turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.
Annuar memberitahu, beliau percaya segala kontroversi yang melanda penjaga gol berusia 23 itu sebelum ini tidak bermaksud mempunyai niat yang tidak baik memandangkan Apek bukanlah seorang individu yang memberi masalah sama ada di luar mahu pun di dalam padang.
Gosip hubungan Nora Danish dengan Khairul Fahmi
February 10, 2012 - 11:16 am
Ramainya manusia yg nak tumpang populariti APEX….. Tu lah susah kalau dah glamer kan. Apa ceritapun, bagi tumpuan kepada perlawanan dan masa depan. Jangan buang masa dengan benda2 yg bukan2. Wa caya sama lu APEX…..
February 10, 2012 - 4:13 pm
kalaulah muka Apek tu empat persegi dan kelabu asap pulak tu orang tak pandang pun!kerana dia handsome tu jadi gitu,maka banyaklah (sepatutnya ramai) yajjuj majjuj yang dengki, oleh itu rakyat malaysia janganlah beremo sangat dalam hal ini aaaaa…. ini kacang sajalah! kepada Apek pula anggaplah benda-benda tersebut sebagai pembakar semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih bermakna lagi di bumi yang bertuah ini!