Nazmi ikat kontrak tiga tahun dengan Beira-Mar

Nazmi Faiz Mansor - SC Beira-Mar
Nazmi ikat kontrak tiga tahun dengan SC Beira-Mar Portugal

NAZMI Faiz telah mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Portugal selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan SC Beira-Mar.

Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.

Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.

“Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan,” kata Nazmi Faiz.

Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.

“Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya.” katanya lagi.

Jurulatih kelab liga utama Portugal itu, Ulisses Morais yang memerhatikan Nazmi sepanjang sesi latihan dan pemilihan sangat mengagumi bakat hebat yang dimilikinya namun akui perjalanannya masih jauh.

“Nazmi pemain muda yang mempunyai banyak kualiti. Tetapi perjalanannya masih jauh. Ini hanyalah satu permulaan,” kata Morais.

Ejen Nazmi Faiz, Marco memberitahu ESPNSTAR.my: “Saya sangat gembira dan bangga kerana Nazmi berjaya mendapatkan kontrak bersama Beira-Mar. Dia juga teruja dengan pencapaian ini.”

Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.

Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.

- espnstar.my

Nazmi Faiz lands three-year Beira-Mar deal

Malaysian wonderkid Nazmi Faiz has signed a three-year deal with Portuguese Liga outfit Beira-Mar, the club have announced.

The 17-year-old, who was previously playing with Harimau Muda in the Great Eastern-YEO’s S.League, had arrived in Portugal last Tuesday for a trial.

During his stay, he took part in training with the Beira-Mar first team and was also in action in a friendly against a second division side, and was said to have made a big impression.

And according to the club’s official website, he has done enough to earn a three-year contract which will run until June 2015, although he will only become a Beira-Mar player officially in August after he turns 18.

“It’s hard for me to describe my feelings,” Nazmi said. “To play in Europe has long been my aim.

“This [the trial with Beira-Mar] was my best chance and I’m thankful I have succeeded.

“I’m extremely happy and excited and can’t wait to start on my new adventure.”

The precocious playmaker also spoke highly of the experience he has already gained on his short trial period.

“I feel in love with the club since I first stepped foot here,” Nazmi added.

“I was treated very well and I will always hold on to the words and teachings of coach Ulisses Morales and captain Hugo.”

Morales was quick to play down expectations but admitted the player has what it takes to succeed in Portugal.

“Nazmi is a young player with a lot of abilities, but he still has a long way to go,” he said.

“This is only the beginning for him.”

Nazmi will become the first Malaysian to ply his trade in Portugal. — espnstar.com

Nazmi ikat kontrak tiga tahun dengan Beira-Mar

Related Posts

21 Responses to Nazmi ikat kontrak tiga tahun dengan Beira-Mar

  1. rasanye dulu ada sorang rakyat malaysia men kat liga german..lupe sapa..

  2. Congrates NAZMI !

    Make us PROUD brO~

  3. Tahniahla. Mujur kt sana tak terikat dgn peraturan pemain luar perlu dr negara yg rating tinggi dr Portugal (rasanya ranking Portugal skrg 40lebih).

    • epl jer macam tuh,and smua beria2 nak malaysian main kat epl.walhal,kalau nak main kat europe,xyah tgk epl jer….byk league player kita memang level yg bleh main

  4. Silap. Cek dlm web fifa, Portugal skrg ranking nombor 5 (pasukan lelaki). Perempuan 42. Wah.. Hebatla Nazmi. Hrp guna peluang ni sebaiknya.

  5. Tahniah Nazmi … b/sepak bermula dr bwh umur. Rasanya badmintan kita akan berkubur tak lama lagi selepas era LCW itupun kalau sempat olimpik nanti …. stamina kurang asyik cedera. harus persalahkan diri sendiri. apa nak jd dgn BAM.

  6. jgn blagak la pas ni ya… ni main kat indon pn dh xknl bini…

  7. Gile babi !

  8. …sabar..! banyak dugaan di sana..jangan tak kenal mak babak udah…

  9. … congrats Nadzmi… in 5 years time I’ll recommend Barca to buy your contract from Beira Mar… ok? stay fit!

  10. Kalau tak silapTapi kita ramai terlupa,era 70an dulu Dali Omar main kat club europe,newcastle kalau tak salah.dia org kelantan,tp skarang menetap kat australia sbb wife dia australian.

  11. bukan newcastle..tp Fiorentina di serie A italy. club yg sama diwakili oleh lenda argentina, Gabriel Omar Batistuta a.k.a batigol.

  12. dali omar pmain malaysia ptama main kat luar di kelab azzuri australia

  13. nazmi sedang maju kehadapan dengan dapat beraksi di divisyen 1 potugal…bagus…majulah sukan untuk negara….

  14. bagus nazmi…safee sali yang pemain bernilai pun tak dapat beraksi di kancah bola di eropah…

  15. JFA Support FAM

    Ni semua jasa Tuanku President FAM.. kalau takde president FAM, nazmi main PS3 kat umah je

  16. jasa presiden? presiden yg duk london tu yg asyik main PS3 dgn bini muda dia. Nazmi mmg berbakat , so takyah gebang lebih2 la.

  17. btul tu bro, bkn sebab presiden pun, nazmi mmg ada talent.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>