Malaysia 2-0 Hong Kong

MALAYSIA berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi. [LIHAT VIDEO GOL]

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad kebangsaan selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Gol pertama negara dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim seminit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila pertahanan Hong Kong, Deng JingHuang melakukan kesilapan di dalam kotak penalti.

Safiq bijak mencuri bola dari kaki Deng, lalu mengelecek di dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Yapp Hung Fai.

Skuad kebangsaan menambah jaringan kedua pada masa tambahan babak separuh masa kedua menerusi Mohd Amirulhadi Zainal untuk menewaskan penjaga gol Hong Kong sekali lagi.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat aksi permainan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>