Lupakan kontroversi, fokus hadapi Singapura

SKUAD kebangsaan diharap dapat mengekalkan kecemerlangannya apabila menentang Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia pada 23 Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya berharap skuad Harimau Malaya tidak terlalu terbawa-bawa dengan keadaan perlawanan kedua melawan Taiwan di Taipei, semalam yang menyaksikan pengadil ‘menghadiahkan’ tiga sepakan penalti untuk pasukan tuan rumah.

”Walaupun beberapa keputusan pengadil boleh dipertikaikan, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan buat skuad negara untuk terus bermain dengan cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas menonton perlawanan tersebut bersama kira-kira 300 remaja di Restoran Lagenda 17 di Shah Alam, malam tadi.

Turut sama menyaksikan perlawanan itu ialah beberapa pemain legenda bola sepak negara seperti, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Mubin Mokhtar.

Video: Sharbinee Allawi selamatkan sepakan penalti

Shabery berkata, skuad kebangsaan telah banyak menghasilkan keputusan yang membanggakan dan sebagai pasukan yang mula dihormati di rantau ini, Malaysia perlu membuktikan kebangkitannya melalui pertarungan dengan jiran terdekat, Singapura nanti.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana prestasi yang dicatatkan oleh skuad kebangsaan berjaya menambah keyakinan dan kesetiaan para peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

”Keyakinan adalah sesuatu yang sukar dibina dan ia boleh hancur dalam sekelip mata, jadi, saya harap skuad Harimau Malaya terus memberikan keputusan yang cemerlang buat rakyat Malaysia,” katanya.

Related Posts

One Response to Lupakan kontroversi, fokus hadapi Singapura

  1. memang mengkagumkan…. ketika ini para penjaga gol negara sangat bagus. sangat disiplin. saya terharu… malaysia memang layak ke pusingan kedua…kepada semua pemain dan coach, anda semua kebangaan kami…. salam satu malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>