Kelayakan Piala AFC B22: Malaysia selesa dianggap underdog

Kelayakan Piala AFC Bawah 22

ONG Kim Swee berharap pemainnya bersedia secara mental dan fizikal selain mengelak daripada terlampau yakin sehingga menjerat diri.

Pasukan Harimau Muda Bawah 22 telah diundi dalam Kumpulan G yang sukar seperti Korea Selatan, Vietnam dan Myanmar.

“Saya enggan memikirkan faktor lain seperti cuaca, stadium, permukaan padang mahupun terpaksa beraksi pada waktu petang kerana beranggapan kesemua pasukan juga berdepan masalah yang sama.

“Paling penting, setiap pemain jangan tewas sebelum berjuang dan menganggap kesemua perlawanan seperti final tidak kira ketika menentang Korea Selatan, Vietnam mahupun Myanmar,” kata Kim Swee.

Skuad Harimau Muda Bawah 22 selamat tiba di Myanmar kelmarin dan akan memulakan kempen Kelayakan Piala AFC B22 menentang Korea Selatan petang ini.

Ong Kim Swee yakin mentaliti pasukannya kini dalam tahap terbaik selepas menjalani siri persahabatan yang baik di mana kali terakhir Harimau Muda berjaya menewaskan Qatar 2-0.

“Secara realistik, kredibiliti Korea Selatan sememangnya tidak boleh dipertikai.

“Jadi sasaran kita sudah tentu untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata, cuma ia pasti lebih bermakna jika kita berjaya melakar kejutan sekali gus mengurangkan tekanan dalam perlawanan-perlawanan lain.

“Saya juga mungkin mengekalkan kesebelasan utama semasa menentang Qatar ketika berdepan Korea Selatan (esok), selain ketiadaan Wan Zack Haikal Wan Noor yang digantung perlawanan juga tidak begitu membimbangkan kerana saya masih banyak pilihan lain.

“Cuma, kehilangan Mohd. Fadhli Mohd. Shas di bahagian pertahanan mungkin menyebabkan saya terpaksa menggandingkan Fandi Othman dan Syahrul Saad memandangkan Mohammad Amer Saidin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Mohd Irfan Fazail juga berazam mempamerkan persembahan terbaik ketika menentang Korea Selatan kelak.

“Kami lebih selesa dianggap sebagai pasukan underdog serta akan berusaha sedaya-upaya bagi mencapai sasaran untuk muncul naib juara kumpulan,” katanya. — kosmo

KLIK DI SINI ==> Jadual, Keputusan, Carta Kelayakan Piala AFC B22 2013

Kumpulan G Kelayakan Piala AFC B22

  • MALAYSIA
  • Myanmar (Tuan Rumah)
  • Korea Selatan
  • Vietnam
  • Taiwan
  • Filipina

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>