Hasrat Harimau Muda ke Olimpik 2012 tertutup rapat

MALAYSIA sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, Ahad malam.

Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 Nov lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2.

Skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-84 selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal Wan Noor.

Tersentak dengan gol tersebut, pengendali sementara Bahrain Peter Taylor membuat pertukaran tiga pemain dan hasilnya pemain tengah tuan rumah Husain A. Jalil Khalil Al Farhan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Bahrain pada minit ke-89.

Kemenangan tersebut membolehkan Bahrain mengumpul enam mata untuk mengekalkan kedudukan ketiga kumpulan manakala skuad negara terus menduduki tangga tercorot tanpa mengutip mata selepas empat perlawanan.

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada 22 Feb ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Syria pada 14 Mac ini di laman lawan.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Syria mengatasi Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan.

Gol Syria dijaringkan oleh Mohamad Ahmad Fares pada minit ke-18 dan Ahmad Al-Salih pada minit ke-90 manakala gol saguhati Jepun dijaringkan oleh Kensuke Nagai pada minit ke-45.

Kemenangan tersebut membolehkan Syria merampas kedudukan pendahulu daripada Jepun dengan mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. — BERNAMA

Related Posts

2 Responses to Hasrat Harimau Muda ke Olimpik 2012 tertutup rapat

  1. saya sebenarnya tak faham strategi ong kim swee masih percaya pada fakri… hazwan consistent jaring gol setiap perlawanan tapi tak dalam starting line up… defence dgn midfield ok percaturan… tp knp masih pilih fakri?? entah le… bg saya wan zack dgn hazwan gandingan terbaik… cuba tengok friendly kat Australia, hazwan selamba score.. smlm pun.. sy rasa fakri pun tak de instinct mcm tu.. all in all goal Bahrain memang salah defend… tp goal Malaysia memang effort stricker.. bukan salah defend Bahrain sbb dia follwow sampai habis… good luck to hazwan semoga dpt main 1st team in the future!!!

    • saya setuju… ada ape la kat kaki fakri tu sampai OKS percaya sangat nk turunkan dia 1st lne up… please la OKS… ramai lagi yang bagus… hazwan n wan zack.. nice job!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>